Jika merujuk kepada Program Read 2012, pelaksanaan program berlangsung dari 22 hingga 25 Oktober 2012, tetapi pada 24 Oktober 2012 Negeri Pahang bercuti Hari Hol manakala pada 25 Oktober 2012 adalah cuti berganti Hari Raya Aidil Adha.
PKG BANDAR PUSAT
- UTAMA
- ORGANISASI
- PENGAWAS
- PERPUSTAKAAN
- VIDEO
- NILAM
- DDC
- PuAS
- SKBP
- PERPUSTAKAAN DIGITAL
- TAMAN NILAM
- DOKUMENTASI
- VISI & MISI
- PERKHIDMATAN
- PERATURAN
- AKTIVITI
- PSS KAMI
- GPM
- KOLEKSI
- TUGAS
- PIAGAM PELANGGAN
- MATLAMAT PSS
- OBJEKTIF
- FUNGSI PSS
- 5 TAHUN
- PSS ABAD 21
- SSQS
- EDUWEBTV
- eGURU
- iNILAM
- iQ-PSS
- PERPUSTAKAAN NEGARA
- eLib PNM
- BTPN PAHANG
- JADUAL PSS
- GALERI
- KSSR ONLINE
- SISTEM GURU ONLINE
- 1BESTARINET
- TEMPAH BILIK PSS
- PENGURUSAN SUMBER PENDIDIKAN
- FAIL KUASA
- FAIL MEJA
- INSTRUMAN PENILAI
- WAKAF BUKU
- BLOG PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG
- PANDUAN GPM
- ABAD 21
- PKG BDR PUSAT
Wednesday, 26 September 2012
READ 2012
PSS SK Bandar Pusat telah mendaftar dengan Program Read 2012 dan akan menyertai Kem Membaca 1Malaysia Negeri Pahang yang akan berlangsung pada 22 dan 23 Oktober 2012.
Jika merujuk kepada Program Read 2012, pelaksanaan program berlangsung dari 22 hingga 25 Oktober 2012, tetapi pada 24 Oktober 2012 Negeri Pahang bercuti Hari Hol manakala pada 25 Oktober 2012 adalah cuti berganti Hari Raya Aidil Adha.
Jika merujuk kepada Program Read 2012, pelaksanaan program berlangsung dari 22 hingga 25 Oktober 2012, tetapi pada 24 Oktober 2012 Negeri Pahang bercuti Hari Hol manakala pada 25 Oktober 2012 adalah cuti berganti Hari Raya Aidil Adha.
Tuesday, 17 July 2012
KURSUS BLOG
Satu kursus penulisan blog telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Pusat Sumber Sekolah, SK Bandar Pusat dengan diterajui oleh GPM Cikgu Zahid dan FT Pn. Zaliza. Kursus ini telah dimulakan pada 11 Julai yang lalu dan berakhir pada 18 Julai 2012 dengan menjalankan kursus hanya pada waktu free guru yang berminat selepas waktu rehat.
Berikut adalah antara hasilan guru yang terlibat :
Berikut adalah antara hasilan guru yang terlibat :
Guru yang terlibat melahirkan rasa minat untuk mendalaminya lagi dan bercadang untuk memanfaatkan penghasilan blog ke arah menghasilan. menyimpan dan menghebahkan bahan pengajaran dan pembelajaran.
Tahniah daripada GPM 2012
Monday, 9 July 2012
PERANCANGAN BULAN PSS 2012
PSS SK Bandar Pusat sedang dalam perancangan untuk menjayakan Bulan PSS 2012 sebagaimana yang pernah dilaksanakan dengan jayanya pada tahun 2012.
Pada tahun ini, beberapa penambahbaikan dibuat berikutan bulan PSS yang bakal dilaksanakan melibatkan semua unit PSS di samping beberapa peristiwa yang turut menjadi pendorong menjayakan program ini.
Sambutan Bulan Kemerdekaan dengan aktiviti Kibarkan Jalur Gemilang bermula 17 Julai 2012. Diikuti dengan Program Ramadhan dan Aidil Fitri. Bulan September merupakan Bulan Sastera pasti akan meriah dengan aktiviti bahasa dan sastera mengisi program NILAM.
Manakala murid Tahun 6 yang telah menduduki UPSR pasti dapat manfaatkan program yang bakal dilancarkan kelak. Adalah menjadi harapan agar perancangan kali ini mampu melonjakkan PSS SK Bandar Pusat di samping Lawatan Penilaian Anugerah Perpuspa 2012 yang bakal bertandang ke sekolah ini di bulan September ini.
GPM 2012
Pada tahun ini, beberapa penambahbaikan dibuat berikutan bulan PSS yang bakal dilaksanakan melibatkan semua unit PSS di samping beberapa peristiwa yang turut menjadi pendorong menjayakan program ini.
Sambutan Bulan Kemerdekaan dengan aktiviti Kibarkan Jalur Gemilang bermula 17 Julai 2012. Diikuti dengan Program Ramadhan dan Aidil Fitri. Bulan September merupakan Bulan Sastera pasti akan meriah dengan aktiviti bahasa dan sastera mengisi program NILAM.
Manakala murid Tahun 6 yang telah menduduki UPSR pasti dapat manfaatkan program yang bakal dilancarkan kelak. Adalah menjadi harapan agar perancangan kali ini mampu melonjakkan PSS SK Bandar Pusat di samping Lawatan Penilaian Anugerah Perpuspa 2012 yang bakal bertandang ke sekolah ini di bulan September ini.
GPM 2012
Thursday, 8 March 2012
GOTONG-ROYONG TAMAN NILAM 2012
Pada 3 Mac 2012, sekali lagi JK PSS turun padang menyiapkan Taman NILAM. Kerjasama guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa telah berjaya menyiapkan lantai simen pondok-pondok NILAM lebih awal daripada yang dijadualkan.
JK PSS turut mengucapkan terima ksih kepada GPK HEM En Al-Azmi Mustapha Kamar yang bertungkus lumus menyediakan kemudahan dan peralatan bagi memastikan program ini berjaya.
Terima kasih, daun keladi.
GPM 8 Mac 2012
JK PSS turut mengucapkan terima ksih kepada GPK HEM En Al-Azmi Mustapha Kamar yang bertungkus lumus menyediakan kemudahan dan peralatan bagi memastikan program ini berjaya.
Terima kasih, daun keladi.
GPM 8 Mac 2012
Tuesday, 28 February 2012
PROGRAM NILAM
PENGENALAN
Suatu tamadun atau bangsa yang bertamadun hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Pendekatan yang terbaik untuk membina bidang ilmu sesebuah negara dan menjana perkembangan mental seseorang ialah melalui amalan membaca yang berterusan dan bukan hanya berorientasikan peperiksaan.
Kajian literasi oleh Perpustakaan Negara Malaysia 1996 mendapati kebanyakkan rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun. Kajian juga mendapati keutamaan pelajar membaca ialah untuk tujuan pembelajaran dan sedikit untuk bacaan senggang. Suatu pendekatan yang wajar dilaksanakan untuk memupuk tabiat membaca ialah dengan menubuhkan Program NILAM.
APAKAH NILAM?
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu.
· Program NILAM ini merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah.
· Ia merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.
· Program ini telah mula dengan Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada tahun 1999 dan penilaian pembacaan mereka diteruskan sehinggalah mereka tamat persekolahan.
MENGAPA?
Matlamat program NILAM ialah untuk membina tabiat membaca di kalangan masyarakat negara ini, khususnya golongan pelajar.
OBJEKTIF
· Menjadikan murid banyak membaca.
· Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
CIRI-CIRI PELAKSANAAN NILAM
· Murid
Murid membaca buku yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka dan mencatat maklumat pengarang, judul, penerbitan dan sinopsis buku yang dibaca ke dalam buku rekod.
· Guru
Guru mengesahkan serta menandatangani rekod bacaan murid. Data rekod murid henaklah diserahkan kepada Pusat Sumber Sekolah untuk dianalisis.
· Pengumpulan Data
Data pembacaan murid dikumpul dan diselaraskan di peringkat kelas, negeri dan kebangsaan pada setiap tahun.
· Pengiktirafan dan Ganjaran
Data rekod bacaan yang dikumpulkan dari sekolah akan dinilai di peringkat kebangsaan. Sekolah juga perlu memberi pengiktirafan kepada murid yang telah mencapai tahap bacaan yang tertinggi. Murid-murid yang banyak membaca diberi pengiktirafan dan ganjaran.
TAHAP PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN NILAM
Pelaksanaan Program NILAM ini dibahagikan kepada dua tahap:
1. Tahap Juahari
2. Rakan Pembaca
TAHAP JUAHARI
Murid-murid pada peringkat ini wajib melibatkan dalamaktiviti pembacaan sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar ( Pertengahan Tahun dalam Tahun 1). Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut :
Tahap Pengiktirafan NILAM Juahari Sekolah Rendah
BILANGAN BUKU
|
PENGIKTIRAFAN
|
90 – 179 buah buku
|
Gangsa
|
180 – 269 buah buku
|
Perak
|
270 – 359 buah buku
|
Emas
|
360 buah buku ke atas
|
NILAM
|
RAKAN PEMBACA
· Adalah murid-murid yang sudah membaca lebih dari 100 buah buku dan mereka layak dipilih ke tahap ini.
· Murid-murid pada tahap Rakan Pembaca akan dibimbing oleh guru atau fasilitator untuk turut serta di tempat-tempat aktiviti dan membantu membuat pengesanan kemajuan aktiviti yang dijalankan murid secara tidak formal.
· Murid-murid yang dipilih sebagai Rakan Pembaca akan dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang untuk menjayakan aktiviti ini. Mereka akan memilih dan meminjam buku dari pusat sumber sekolah untuk di bawa pulang. Buku-buku yang dipinjamkan akan juga dibaca oleh rakan-rakan, keluarga dan jiran.
· Murid juga dilatih untuk menjalankan aktiviti pembacaan bersama rakan-rakan di sekolah seperti aktiviti bercerita, membaca bersama dan bicara buku. Aktiviti yang mereka jalankan akan diberi skor pemarkahan mengikut ramai pendengar, pembaca dan peminjam buku mereka.
· Pelajar pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut Jadual Sistem Ganjaran RP.
Cadangan markah bagi aktiviti-aktiviti Rakan Pembaca adalah seperti berikut :
MARKAH
|
PENGIKTIRAFAN
|
100 – 199
|
Gangsa
|
200 – 299
|
Perak
|
300 – 399
|
Emas
|
400 ke atas
|
NILAM
|
SISTEM PEMARKAHAN RAKAN PEMBACA
· Bercerita pada 1 sesi x 5 pendengar = 5 markah*
· Membaca bersama 1 sesi x 3 pembaca = 3 markah*
· Bicara buku 1 sesi x 15 pendengar = 5 markah*
· Meminjam buku 1 buku x 20 peminjam = 5 markah*
* Markah maksimum setiap aktiviti
GANJARAN
Apabila aktiviti galakan membaca diberi pengiktirafan dan dipiawaikan melalui NILAM, masyarakat akan dimaklumkan tentang klasifikasi pengiktirafan ini.
Penganugerahan ini akan menjadi satu aset dan pemangkin budaya suka membaca. Antara ganjaran yang diperolehi murid adalah :
· Skor markah rekod bacaan murid akan dimasukkan ke dalam Buku Rekod Kemajuan Murid pada setiap akhir tahun.
· Markah Rekod bacaan ini dikira dari jangkamasa 6 tahun persekolahan peringkat Rendah dan 5 tahun persekolahan peringkat Menengah.
· Markah Rekod Bacaan ini akan dimasukkan ke dalam Sijil Berhenti apabila murid menamatkan persekolahannya.
· Pihak sekolah juga wajar memberikan surat sokongan kepada murid yang layak menerimannya.
· Murid yang telah mencapai rekod bacaan tertinggi di peringkat kebangsaan akan diberi Anugerah NILAM.
CONTOH-CONTOH AKTIVITI MEMBACA
· Projek Pukal
Setiap kelas dibekalkan 30 – 50 buah buku dan murid dibenarkan meminjam buku setiap hari sebanyak mana mampu
· Anotasi Buku
Murid digalakkan untuk banyak membaca dan membuat ulasan tentang cerita yang dibaca di dalam buku rekod. Ulasan ini boleh dibentangkan semasa perhimpunan dan murid boleh mendapat markah Rakan Pembaca untuk aktiviti ini.
· Khemah Membaca
Kem ini diadakan pada tiap-tiap tahun. Murid akan didedahkan dengan teknik membaca, kemahiran pengendalian maklumat, ADD dan kerja projek.
· Kuiz Bestari
Pada setiap bulan, soalan dikemukakan dan kelas akan menghantar penyertaan yang mebincangkan isu-isu berkaitan Kemanusiaan, Alam Sekitar, Kesihatan, Sejarah, Keselamatan Jalan Raya, Bahaya Dadah dan Bahasa. Pemenag akan dipilih dan diberikan hadiah insentif.
CADANGAN MASA PELAKSANAAN NILAM
· Satu masa membaca di perpustakaan dimuatkan dalam jadual kelas mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
· Ada juga waktu yang diperuntukkan untuk aktiviti PSS yang melibatkan pengajaran kemahiran membaca. Contohnya aktiviti untuk Minggu Pusat Sumber Sekolah.
· Murid meluangkan sekurang-kurangnya 10 minit semasa waktu perhimpunan mingguan untuk aktiviti membac seperti membuat ulasan buku.
CABARAN
Program NILAM ini tidak akan mencapai objektif yang ditekankan sekirannya terdapat masalah kurangnya kerjasama dari pihak yang bertanggungjawab dan di samping kelemahan penyediaan prasarana yang akan melembabkan proses pelaksanaan program ini. Antara faktor-faktor yang perlu ditekankan dalam berbagai cabaran melaksanakan prorgram ini seperti:
· Penyediaan koleksi bahan-bahan bacaan PSS
Memastikan koleksi bahan di pusat sumber sekolah sentiasa selaras dengan perkembangan semasa agar ia dapat menarik minat murid untuk sering mengunjungi pusat sumber.
· Sokongan pihak pentadbiran sekolah
Aktiviti-aktivti pembacaan tidak akan dapat berjalan dengan lancar sekiranya pihak pentadbiran kurang memberi sokongan dalam menjalankan aktiviti Pusat Sumber termasuk menyediakan masa dan hari yang sesuai serta bantuan kewangan untuk menjalankan program ini.
· Penglibatan ibu bapa dan guru-guru
Aktiviti membaca akan menjadi lebih aktif dan berkesan sekiranya ibu bapa memberi sokongan membaca semenjak dari kecil kepada murid. Selain itu, guru memainkan peranan penting dalam menekankan bacaan murid di sekolah. Contohnya memuatkan aktiviti-aktiviti bacaan seumpama teka silang kata dan latihan menulis ulasan dalam pengajaran mereka.
IMPAK
Kesan daripada penglibatan murid dalam aktiviti-aktiviti membaca dan kerjasama dari guru-guru serta penyelaras pusat sumber dalam pelaksanaan program ini akan mewujudkan golongan murid yang mempunyai minat membaca yang tinggi serta menjadikan tabiat membaca sebagai satu cara hidup dalam membentuk masyarakat intelektual, elit dan bermoral dari segi pemikiran juga pertimbangan hidup.
KESIMPULAN
Program NILAM adalah satu pendekatan yang memberi peluang dan galakan kepada murid-murid menggunakan keupayaan diri dalam membentuk tabiat membaca. Pelaksanaan program secara sistematik disokong dengan dokumen dan rekod yang sahih memudahkan penilaian dan pengiktirafan.
PROGRAM GALAKAN MEMBACA
PUSAT SUMBER SEKOLAH 2012
PERANCANGAN AKTIVITI PSS 2012
![]() OBJEKTIF Pembangunan Pusat Sumber - Senarai semak aktiviti pelaksanaan di sekolah adalah bertujuan : Supaya pihak sekolah dapat menjadikan garis panduan aktiviti untuk merancang dan melaksanakan program Pusat Sumber Sekolah. Untuk membolehkan pihak sekolah melaksanakan aktiviti secara sistematik dan menyeluruh. Memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik. Dapat mengadakan perkhidmatan yang sistematik untuk memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran kepada warga sekolah. Dapat memupuk persaingan dalam konteks kepimpinan bagi mencapai kecemerlangan. Mencetuskan idea inovasi ke arah aktiviti galakan membaca yang kreatif, inovatif dan berkesan. Supaya pihak sekolah dapat mengadakan satu sistem penilaian dan pengiktirafan. Supaya dapat mengwujudkan satu sistem dokumentasi dan rekod untuk keperluan semasa. Supaya dapat merancang aktiviti-aktiviti galakan membaca. Supaya dapat membuat kajian penyelidikan dan semakan semula terhadap aktiviti yang dilaksanakan. TAKWIM AKTIVITI 2012 PUSAT SUMBER SEKOLAH SK BANDAR PUSAT BIL AKTIVITI J F M A M J J O S O N D 1 Perlantikan JK Induk dan Kerja PSS 2 Mesyuarat JK Induk PSS 3 Mesyuarat JK Kerja PSS 4 Taklimat kepada guru 5 Taklimat untuk Pengawas PSS & BB 6 Taklimat kepada pelajar 7 Kemaskini fizikal/keceriaan 8 Mesyuarat pelaksanaan aktiviti panitia 9 Mesyuarat pelaksanaan aktiviti PSS 10 Penyediaan jadual penggunaan 11 Penyediaan sasaran 10.1 Pinjaman buku dan bukan buku 10.2 Penggunaan PSS 12 Pelaksanaan aktiviti-aktiviti panitia 13 Pelaksanaan aktiviti-aktiviti PSS 14 Penggunaan pinjaman berkelompok 15 Sudut perpustakaan kelas 16 PSS di mana-mana 17 Penyediaan Fail Kuasa 18 Kursus dalaman 17.1 Guru 17.2 Pelajar 17.3 Pengawas PSS & B. Bestari 17.4 AJK Kerja PSS 19 Pelaksanaan Program Nilam (Rujuk Buku Panduan Pelaksanaan Di Sekolah) 20 Kemas kini rekod, jadual dan fail PSS 21 Semakan dan hapus kira stok buku dan bukan buku 22 Pemantauan PSS (Guru Besar/GPK1) 23 Penilaian dan kajian PSS 24 Penyediaan dokumentasi JANUARI BIL PERKARA SEMAKAN TINDAKAN 1 Senarai struktur JK Induk PSS dicatat dalam buku pengurusan sekolah dan buku pengurusan PSS 2 Surat perlantikan JK Induk PSS diedarkan 3 Mesyuarat JK Induk PSS ke 1 4 Surat perlantikan JK Kerja PSS diedarkan 5 Mesyuarat JK Kerja PSS ke 1 6 Surat perlantikan Pengawas PSS diedarkan 7 Taklimat penggunaan PSS kepada Guru Pustakawan Pelajar 8 Projek Nilam Perlantikan AJK Mesyuarat AJK Menyediakan Buku Rekod Bacaan 9 Perancangan aktiviti-aktiviti PSS setahun 10 Penyediaan jadual penggunaan dan rekod Jadual Projek Bacaan ke Perpustakaan Jadual Astro Kampus/Eduwebtv.com Jadual Makmal Bahasa 11 Penyediaan sasaran Pinjaman buku dan bukan buku Penggunaan PSS 12 Pelaksanaan orientasi PSS kepada Guru Pengawas PSS Pelajar 13 Menyediakan rekod, jadual dan fail PSS Rekod perolehan buku dan bukan buku Rekod perolehan dan pinjaman perkakasan Rekod penggunaan BBM Rekod penggunaan kemudahan fizikal Rekod koleksi bahan Rekod belanjawan Fail PSS yang kemas kini 14 Kemudahan fizikal dan keceriaan Keceriaan luaran dan dalaman Susun atur Keselamatan 15 Promosikan bahan bacaan dan bahan bukan buku 16 Penyediaan Fail Kuasa PSS FEBRUARI BIL PERKARA SEMAKAN TINDAKAN 1 Kemudahan fizikal dan keceriaan 1.1 Bilik/ruang bilik 1.2 Alatan - Susun atur dan kekemasan 1.3 Keselamatan - Alat pemadam api, jeriji besi, peti kecemasan, pelan kebakaran, peraturan dan arahan 1.4 Keceriaan luaran dan dalaman - Hiasan, kebersihan, keselesaan dan Kekemasan 2 Projek Nilam 2.1 Hebahan kepada warga sekolah 2.2 Pelaksanaan aktiviti tahunan menggunakan Buku Rekod Bacaan 3 Aktiviti mempromosikan penggunaan PSS melalui hebahan, papan kenyataan dan brosur 3.1 Jenis perkhidmatan 3.2 Peraturan dan panduan PSS 4 Mesyuarat pelaksanaan aktiviti panitia memfokuskan aktiviti PSS 5 Sudut perpustakaan kelas dikemaskinikan melalui penambahan bahan bacaan 6 Fail Kuasa PSS dikemaskinikan 7 Kursus dalaman kepada 7.1 Guru - Latihan pengurusan PSS, teknologi pendidikan dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi 7.2 Pengawas PSS & Briged Bestari - Latihan proses teknik yang melibatkan pengelasan, pengkatalogan, baik pulih dan automasi 7.3 Pelajar - Orientasi kepada pelajar baru dan kemahiran maklumat 7.4 AJK Kerja PSS 8 Rancangan pengurusan kewangan 8.1 Sumber kewangan – SUWA, PCG, PIBG dll 8.2 Rancangan memperolehi sumber kewangan - Kutipan derma, pameran buku, bacaton dll MAC BIL PERKARA SEMAKAN TINDAKAN 1 JK Kerja PSS 1.1 Mesyuarat JK PSS ke 2 1.2 Semakan tugas AJK Kerja PSS 1.3 Kursus pengurusan PSS kepada AJK Kerja 2 Kemas kini fizikal/keceriaan dan mengwujudkan sudut/laluan ilmu 3 Pelaksanaan aktiviti-aktiviti panitia. Contoh : 3.1 Pertandingan kuiz matematik/sains dll 3.2 Pertandingan bercerita/berbahas 3.3 Kerja projek mata pelajaran 4 Pelaksanaan aktiviti-aktiviti PSS 4.1 Bercerita di depan perhimpunan 4.2 Melukis poster berdasarkan tema/topik 4.3 PSS merentasi P & P iaitu kemahiran perpustakaan dan kemahiran maklumat 5 Penggunaan pinjaman berkelompok 6 Pertandingan sudut perpustakaan kelas 6.1 Koleksi terbanyak 6.2 Susun atur bahan 6.3 Kekemasan/keselesaan/kebersihan 7 Projek Nilam - Senarai semak setiap kelas dan menandatangani Buku Rekod Bacaan 8 Semakan tugas Pengawas PSS & Briget Bestari 9 Pemantauan Guru Besar/Pen. Kanan 10 Semakan rekod 10.1 Rekod penggunaan 10.2 Rekod aktiviti 10.3 Rekod pinjaman 11 Kempen melaksanakan program membina tabiat membaca 12 Penyediaan graf 12.1 Graf pinjaman 12.2 Graf penggunaan 12.3 Graf aktiviti 13 Penyediaan bahan pendokumentasian dalam bentuk keratan akhbar/majalah 14 Mewujudkan aktiviti permuafakatan sekolah dengan pihak luar. Contoh : - ALUMNI - Swasta - JKKK/JKKR - Individu APRIL BIL PERKARA SEMAKAN TINDAKAN 1 Kemas kini fizikal/keceriaan dan mengwujudkan sudut/laluan ilmu. Pamerkan : 1.1 Panduan dan label tunjuk arah 1.2 Peraturan, keselamatan dan panduan 2 Mesyuarat pelaksanaan aktiviti-aktiviti PSS ke2 3 Pelaksanaan aktiviti-aktivti panitia 3.1 Pameran bertopik mengikut panitia 3.2 Buku skrap 3.3 Minggu Bahasa Melayu 3.4 Pameran sudut-sudut khas mengikut panitia 4 Pelaksanaan aktiviti-aktiviti PSS 4.1 Baik pulih buku 4.2 Penyediaan/penggunaan bahan bantu mengajar dan belajar bukan elektronik 5 Pinjaman berkelompok 6 Sudut perpustakaan kelas 7 Mengadakan pameran peristiwa semasa seperti Hari Kebangsaan, Hari Guru dll 8 Projek Nilam 8.1 Mendapatkan maklum balas daripada guru kelas, semakan dan menandatangani Buku Rekod Bacaan 9 Penyediaan dokumentasi 10 Pemantauan PSS Guru Besar/Penolong Kanan 10.1 Tanda tangan buku rekod lawatan PSS 10.2 Buat cadangan/teguran/penilaian 11 Semakan rekod 11.1 Rekod penggunaan 11.2 Rekod aktiviti 11.3 Rekod pinjaman 12 Penyediaan graf 12.1 Graf pinjaman 12.2 Graf penggunaan 12.3 Graf aktiviti 13 Menerbit dan menyebar buletin/brosur PSS 14 Melaksanakan semakan dan senarai inventori bahan dan alatan 15 Cadangan pembelian bahan-bahan buku dan bukan buku yang diperlukan BIL PERKARA SEMAKAN TINDAKAN 1 Program Nilam 1.1 Motivasi `Pembacaan Sepanjang Hayat’ 1.2 Semakan/senarai semak setiap kelas dan menandatangani Buku Rekod Bacaan 2 Semakan rekod 2.1 Rekod penggunaan 2.2 Rekod pinjaman 2.3 Rekod aktiviti 3 Aktiviti PSS 3.1 Persembahan di perhimpunan sekolah 3.2 Penghasilan bahan P & P 3.3 Radio sekolah 4 Aktiviti Panitia 4.1 Kuiz panitia Pendidikan Agama Islam dan Bahasa Melayu dan lain-lain panitia 4.2 Syarahan/Bercerita 4.3 Minggu Bahasa Inggeris 5 Penyediaan graf 5.1 Graf pinjaman 5.2 Graf penggunaan 5.3 Graf aktiviti 6 Mesyuarat JK Kerja PSS ke 3 6.1 Perbincangan untuk menambahkan koleksi bahan-bahan bercetak dan bukan bercetak 6.2 Perbincangan bagi mencari sumber kewangan bagi menampung aktiviti PSS 7 Mesyuarat pelaksanaan aktiviti panitia ke 2 memfokuskan kepada penilaian semula aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan 8 Kemas kini fizikal/keceriaan PSS luaran dan dalaman 8.1 Pengubahsuaian kedudukan rak, perabot, alat dsb 8.2 Ditukar ganti/dikemaskinikan poster, carta, gambar-gambar dll 9 9.1 Papan maklumat PSS - Dokumen berkala yang dipamerkan dikemaskinikan/ditukar ganti 9.2 Keceriaan - Taman NILAM - Pondok Ilmu/Laluan Ilmu JUN BIL PERKARA SEMAKAN TINDAKAN 1 Program Nilam 1.1 Analisa Buku Rekod Bacaan 1.2 Semakan/senarai semak setiap kelas dan menandatangani Buku Rekod Bacaan 2 Mesyuarat JK Induk PSS ke 2 2.1 Sumber kewangan luar 2.2 Usaha penambahan koleksi buku dan alatan elektronik 3 Kemas kini rekod-rekod 3.1 Rekod penggunaan 3.2 Rekod pinjaman 3.3 Rekod aktiviti 4 Kemas kini tempat/sudut pameran khas 5 Aktiviti panitia 5.1 Fail tegak 5.2 Sinopsis buku - Bahasa Melayu - Bahasa Inggeris 5.3 Minggu Sains 6 Penyediaan graf 6.1 Graf pinjaman 6.2 Graf penggunaan 6.3 Graf aktiviti 7 Penyediaan pendokumentasian 8 Penilaian dan kajian untuk meningkatkan prestasi PSS 8.1 Maklum balas/pendapat - Aspek-aspek umum seperti perkhidmatan, aktiviti, koleksi - Aspek-aspek tertentu seperti bahan bacaan, minat membaca, kekerapan penggunaan dan sikap 8.2 Menganalisa dan menyebarkan hasil maklumat 9 Aktiviti PSS 9.1 Pertandingan yang berhubung kait dengan penggunaan PSS 9.2 Kursus dalaman - AJK PSS dan pustakawan 10 Pertandingan sudut perpustakaan kelas 10.1 Koleksi terbanyak 10.2 Susun atur bahan 10.3 Kekemasan/keselesaan/kebersihan BIL PERKARA SEMAKAN TINDAKAN 1 Mesyuarat JK Kerja PSS ke 4 2 Kemas kini kemudahan fizikal luaran dan dalaman 2.1 Bilik/ruang sudut 2.2 Alatan 2.3 Keselamatan 2.4 Keceriaan 3 Mesyuarat pelaksanaan aktiviti-aktiviti PSS ke 3 4 Aktiviti-aktiviti panitia 4.1 Lakonan berdasarkan buku 4.2 Pertandingan melukis poster 4.3 Khemah Membaca 4.4 Kerja projek panitia 4.5 Pertandingan membaca puisi 5 Aktiviti-aktiviti PSS kepada Pengawas PSS 5.1 Kursus pengkatalogan 5.2 Pendedahan kepada program SPP dan automasi lain 6 Pertandingan Projek Nilam 6.1 Pertandingan membaca 6.2 Semak/tandatangan Buku Rekod Bacaan 7 Semakan rekod 7.1 Rekod penggunaan 7.2 Rekod pinjaman 7.3 Rekod aktiviti 8 Bengkel keratan akhbar 8.1 Pengumpulan bahan mengikut topik/tema 9 Aktiviti PSS 9.1 Lawatan ke PSS sekolah terbaik/cemerlang 9.2 Pameran poster/projek hasilan pelajar 10 Penyediaan graf 10.1 Graf pinjaman 10.2 Graf penggunaan 10.3 Graf aktiviti 11 Penyediaan pendokumentasian 12 Papan maklumat PSS - Dokumen-dokumen berkala yang dipamerkan ditukar ganti/dikemaskinikan 13 Pemantauan PSS Guru Besar/Penolong Kanan - Tandatangan buku rekod lawatan PSS - Buat cadangan/teguran/penilaian OGOS BIL PERKARA SEMAKAN TINDAKAN 1 Mesyuarat pelaksanaan aktiviti-aktiviti panitia ke 3 - Laporan panitia bagi aktiviti setengah tahun (Januari - Jun 2012) 2 Pelaksanaan aktiviti-aktiviti PSS 2.1 Minggu pameran PSS merentasi kurikulum UPSR - Format soalan dan skima jawapan - Hasil kerja pelajar - Contoh keputusan peperiksaan sebenar - Kerjaya 3 Pelaksanaan aktiviti-aktiviti panitia 3.1 Kerja projek 3.2 Lawatan kerja 3.3 Pameran bertopik 3.4 Buku skrap 3.5 Keratan akhbar/majalah 4 Program Nilam 4.1 Analisa Buku Rekod Bacaan 4.2 Semakan/senarai semak setiap kelas dan menandatangani Buku Rekod Bacaan 5 Kempen penggunaan PSS ke arah kecemerlangan. Contoh aktiviti : 5.1 Minggu Pusat Sumber 5.2 Pameran buku baru 6 Penyediaan geraf 6.1 Graf pinjaman 6.2 Graf penggunaan 6.3 Graf aktiviti 7 Penyediaan pendokumentasian 8 Membuat penilaian kendiri berdasarkan kepada Borang Penilaian Anugerah Bintang PERPUSPA Sekolah-sekolah Pahang 2012 9 Keceriaan luaran dan dalaman : 9.1 Hiasan 9.2 Kebersihan 9.3 Keselesaan 9.4 Kekemasan 10 Papan maklumat PSS - Dokumen-dokumen berkala yang dipamerkan ditukar ganti/dikemaskinikan SEPTEMBER BIL PERKARA SEMAKAN TINDAKAN 1 Mesyuarat JK Kerja PSS ke 5 Membincang perkara-perkara berikut : 1.1 Kewangan 1.2 Aktiviti 1.3 PSS digital - perisian pengautomasian dalam pengurusan PSS 2 Penyediaan geraf 2.1 Graf pinjaman 2.2 Graf penggunaan 2.3 Graf aktiviti 3 Kemas kini fizikal/keceriaan 3.1 Hiasan 3.2 Kebersihan 3.3 Keselesaan 3.4 Kekemasan 4 Pelaksanaan aktivit-aktiviti panitia 4.1 Kuiz 4.2 Pertandingan melukis 4.3 Pertandingan bercerita/berbahas 5 Pelaksanaan aktiviti-aktiviti galakan PSS 5.1 Pertandingan buku skrap 5.2 Fail tegak 6 Projek Nilam 6.1 Semakan/senarai semak setiap kelas dan menandatangani Buku Rekod Bacaan 7 Penyediaan dokumentasi 8 Mengemaskinikan/semakan rekod 8.1 Rekod penggunaan 8.2 Rekod pinjaman 8.3 Rekod aktiviti 9 Program membina tabiat membaca. 9.1 `10 Minit Bersama Buku’ 9.2 `Learn A Word A Day’ 10 Papan maklumat PSS - Dokumen-dokumen berkala yang dipamerkan ditukar ganti/dikemaskinikan 11 Pertandingan sudut perpustakaan kelas 11.1 Koleksi terbanyak 11.2 Susun atur bahan 11.3 Kekemasan/keselesaan/kebersihan OKTOBER BIL PERKARA SEMAKAN TINDAKAN 1 Mesyuarat pelaksanaan aktiviti-aktiviti PSS ke 4 2 Pelaksanaan aktiviti-aktiviti panitia : 2.1 Menghasilkan kerja projek 2.2 Pertandingan bercerita / berbahas 3 Aktivit-aktiviti PSS : 3.1 Lawatan ke PSS cemerlang peringkat daerah dan negeri 3.2 Pameran peristiwa semasa seperti Hari Deepavali, Hari Kemerdekaan 3.3 KEM MEMBACA 1MALAYSIA 3.4 Menerbitkan buletin PSS 4 Kursus dalaman : 4.1 Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk pelajar dan guru 5 Projek NILAM 5.1 Semakan/senarai semak setiap kelas dan menandatangani Buku Rekod Bacaan 6 Bengkel penyediaan BBM/BBB kepada murid-murid Tahun 6 (aktiviti selepas peperiksaan) 7 Bengkel menjilid buku/majalah/surat khabar untuk JK Kerja dan JK Pustakawan 8 Pemantauan dan penilaian PSS oleh Guru Besar/ Penolong Kanan 9 Penyediaan graf 9.1 Graf pinjaman 9.2 Graf penggunaan 9.3 Graf aktiviti 10 Penyediaan pendokumentasian NOVEMBER BIL PERKARA SEMAKAN TINDAKAN 1 Semakan graf-graf: 1.1 Graf pinjaman 1.2 Graf penggunaan 1.3 Graf aktiviti 2 Analisis rekod-rekod : 2.1 Rekod penggunaan 2.2 Rekod pinjaman 2.3 Rekod aktiviti 3 Penilaian dan kajian PSS : 3.1 3.2 Rekod koleksi Bukan Buku 3.3 Rekod penggunaan - Perkakasan - Perisian 3.4 Melaksanakan penilaian dan kajian mengenai : - Pembangunan sumber manusia - Pengurusan organisasi - Pengurusan fizikal - Pengurusan bahan dan stok 4 Projek Nilam 4.1 Analisis rekod-rekod bacaan murid 4.2 Penghargaan anugerah NILAM (sila rujuk Buku Panduan Pelaksanaan Di Sekolah) 5 Mesyuarat akhir tahun 2012 5.1 JK Induk PSS ke 3 - Laporan panitia - Laporan aktiviti - Pencapaian 5.2 JK Kerja PSS ke 6 - Laporan aktiviti - Pencapaian sasaran kerja 5.3 JK Pustakawan 6 Perancangan tahun 2013 7 Penyampaian sijil penghargaan kepada Pengawas PSS 8 Penyediaan pendokumentasian BIL PERKARA SEMAKAN TINDAKAN 1 Semakan dan hapus kira : 1.1 Stok buku 1.2 Bukan buku 2 Penyediaan pendokumentasian |
Subscribe to:
Posts (Atom)