VISI
Memastikan Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bandar Pusat mencapai tahap
Pusat Sumber Sekolah Cemerlang dalam proses Pembestarian Sekolah dengan penekanan Pembelajaran Abad 21 selaras Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 - 2025).
(Perancangan 5 Tahun (2015 - 2020) PSS SKBP)
MATLAMAT PSS SK BANDAR PUSAT
- Mempertingkatkan mutu pendidikan dengan mengumpul, menyususn dan menyebarkan bahan-bahan ilmu pendidikan kepada warga SK Bandar Pusat.
- Membantu pengajar-pengajar supaya memperoleh dan menguasi ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dengan lebih mendalam dan berkesan, seterusnya meningkatkan taraf profesionalisme keguruan masing-masing.
- Membantu pelajar-pelajar supaya berilmu pengetahuan yang lebih mendalam, berdikari, kreatif dan berdisiplin dalam usaha mengejar ilmu pengetahuan melalui penggunaan kemudahan dan perkhidmatan PSS SK Bandar Pusat.
- Merapat jurang perbezaan dalam kemudahan pendidikan di antara institisi pendidikan di dalam dan luar bandar.
MISI
Memberi peluang saksama kepada segenap warga Sekolah Kebangsaan Bandar
Pusat berbudaya keilmuan dengan menikmati semua kemudahan, perkhidmatan serta
aktiviti pengajaran dan pembelajaran menerusi PSS yang efektif, dalam
melahirkan warga yang intelektual, bermaklumat, bertamadun dan gemilang.
(Perancangan 5 Tahun (2015 - 2020) PSS SKBP)
OBJEKTIF PSS SK BANDAR PUSAT 2015
- Menyediakan pelbagai sumber bagi kemudahan guru dan murid-murid.
- Menyediakan tempat untuk guru-guru merancang dan menghasilkan sumber pengajaran dan pembelajaran.
- Meningkatkan profesionalisme guru.
- Mengumpul, menyimpan, dan mengedar pelbagai jenis maklumat.
- Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran.
- Mengembangkan kemahiran penyelidikan dan pencarian maklumat.
- Mencapai Tahap Juahari Program NILAM sekurang-kurangnya Anugerah Gangsa kepada semua murid Tahap 2 bermula tahun 2015.
- Memupuk tabiat belajar sendiri dan menyelidik melalui pusat sumber.
No comments:
Post a Comment