KOLEKSI

KOLEKSI BAHAN PSS : DASAR PEMILIHAN BUKU DAN BUKAN BUKU

MATLAMAT
Dasar pemilihan dan pemerolehan bahan-bahan adalah berpandukan prinsip-prinsip Sains Perpustakaan. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan Pusat sumber Sekolah mempunyai koleksi bahan yang bermutu, sesuai dan kemaskini supaya Pusat Sumber dapat memainkan peranannya sebagai pembekal sumber ilmu serta maklumat dalam semua bidang ilmu.

OBJEKTIF
  • Menentukan pihak yang akan bertanggungjawab melaksanakan dasar.
  • Menggariskan peranan dan tugas yang bertanggungjawab dalam proses pemilihan dan pembinaan bahan bacaan Pusat sumber.
  • Menggariskan panduan pembinaan koleksi bahan pusat sumber supaya sentiasa kemaskini.
ALATAN PEMILIHAN BAHAN

Antara alat-alat yang boleh digunakan untuk pemilihan bahan ialah:
  • Dasar Pelajaran Kebangsaan
  • Laporan Jawatankuasa Kabinet mengenai pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan
  • Risalah, katalog dan edaran dari penerbit, pembekal swasta serta agensi pendidikan
  • Sukatan pelajaran
  • Buku-buku panduan KSSR
  • Berita Perpustakaan 
  • Bibliografi Negara Malaysia
  • Indeks Majalah Malaysia
  • Senarai Bahan Bacaan Pusat Sumber Sekolah
  • British National Bibliography (luar negara)
  • British Book News (luar negara)
  • UNESCO Publication (luar negara)
  • The Booklist (luar negara)
PROSEDUR PEMILIHAN DAN PEMBINAAN KOLEKSI BAHAN
  1. Dasar pemilihan dan pembinaan koleksi bahan ini dibuat adalah untuk diselaraskan dengan keperluan Falsafah Pendidikan Negara.
  2. Koleksi PSS akan mempengaruhi penggunaan dan impaknya. Oleh itu, koleksi yang dipilih hendaklah:
  • Memperkaya dan menyokong proses pendidikan dengan mengambilkira perbezaan minat, kebolehan dari peringkat kebolehan pelajar
  • Memenuhi keperluan kurikulum dan kokurikulum di sekolah
  • Memupuk minat membaca di kalangan pelajar ke arah melahirkan masyarakat berfikir, berbudaya ilmu dalam konteks pendidikan sepanjang hayat.
  • Menambah dan meluaskan pengetahuan pelajar-pelajar.
  • Meningkatkan penguasaan bahasa dan memberi aspirasi sastera.
  • Memperkukuhkah semangat kesefahaman dan harmoni.
  • Memupuk dan membina sikap bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.
     3.  Pembinaan koleksi bahan juga perlulah mempunyai unsur-unsur berikut:
  • Ada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
  • Kekemaskinian khasnya dalam bidang sains dan teknologi.
  • Kepelbagaian jenis dan seimbang dari segi bahan cetak, bahan bukan cetak dan bahan elektronik.
  • Kecukupan bahan dan keseimbangan dari segi pengagihan mengikut peringkat
  • Keseimbangan dari segi aliran bahasa
  • Dipilih dan dikembangkan secara terancang bagi menggalakkan pengunaan, pemikiran kreatif dan inovatif.
  • Pembinaan koleksi hendaklah mengenepikan semua bahan yang mengandungi perkara-perkara yang dilarang/ bios.
  • Pengurusan pemilihan dan pembinaan koleksi hendaklah dilaksanakan dengan menubuhkan jawatankuasa pemilihan dan pembinaan koleksi bahan.
  • Ia dikelolakan secara ikhtisas dan menyenangkan penggunaan.
  • Koleksi yang dicadangkan ilaha koleksi buku mempunyai kadar minima 1:12
     4.  Koleksi bahan bacaan terdiri daripada buku fiksyen dan bukan fiksyen.
  • Buku Bergambar:
a) Fiksyen
b) Bukan Fiksyen
  • Buku fiksyen
a) Cerpen
b) Cerita ajaib, binatang, dongeng, fantasi, jenaka, metos, pari-pari, pengalaman, penceritaan, rakyat dan sukan.
c) Fiksyen Sains Sejarah
d) Novel
  • Buku Bukan Fiksyen
a) Almanak, ensiklopedia, buku panduan, buku tahunan, buku pengetahuan, kamus, atlas, agama, sains kemasyarakatan, bahasa, sains tulen, teknologi, kesusasteraan, geografi dan sejarah.
  • Terbitan Berkala
a) Akhbar
b) Jurnal
c) Majalah
d) Risalah
  • Bahan Khusus
a) Brosur
b) Buku skrap
c) Fail Tegak
d) Karya Pelajar
  • Keratan akhbar
PROSES PEMILIHAN DAN PEMEROLEHAN BAHAN
FIZIKAL
  • Rekabentuk termasuk saiz dan komponen
  • Rencana kulit dan kualiti kulit
  • Saiz huruf (font) cetakan
  • Kualiti kertas
  • Kualiti cetakan
  • Kualiti jilidan
  • Keterampilan bahan
ISI KANDUNGAN

a) Fiksyen
  • Kesesuaian tema
  • Plot/ jalan cerita
  • Mesej / kekuatan cerita (isi)
  • Watak dan perwatakan
  • Nilai-nilai murni
  • Sudut pandangan dan rangsangan pemikiran
  • Kewibawaan isi kandungan
b) Bukan fiksyen
  • Kandungan relevan dan menepati keperluan sasaran
  • Fakta kemaskini dan betul
  • Kandungan isinya komprehensif
  • Penyusunan dan persembahan isi menarik, logik, dan mudah diikuti
  • Penerangan dan huraian jelas, menarik dan berkesan
  • Merangsang kesedaran dan daya pemikiran yang kritis
  • Kewibawaan isi kandungan
BAHASA
  • Kesesuaian perbendaharaan kata
  • Rangkaikata, ungkapan dan frasa
  • Struktur ayat dan tatabahasa
  • Laras bahasa
  • Gaya Bahasa
  • Nilai estetika
  • Ejaan dan tanda baca
  • Lain-lain ciri keistimewaan bahasa
ILUSTRASI
  • Sesuai dan menarik
  • Relevan dan bermakna
  • Gabungan warna-warni
  • Nilai estetik
  • Jelas dan tepat
CIRI KHAS
  • Harga yang munasabah
  • Kemudahan untuk penggunaan seperti glosari, indeks, bibliografi dan lain-lain.
  • Anugerah dan perakuan.
KRITERIA PEMILIHAN DAN PEMEROLEHAN BAHAN
Antara ciri-ciri yang perlu dipertimbangkan adalah seperti berikut:
  • Kesesuaian
a) Tajuk hendaklah menepati kandungan pelajaran
b) Bahasa dan perbendaharaan kata boleh difahami
c) Boleh digunakan oleh individu atau kumpulan
d) Ada perkaitan dengan pengalaman pelajar
e) Kandungan isi pelajaran adalah tepat dan tidak diragukan
f) Kandungan isi adalah menarik dan tidak membosankan
g) Sesuatu konsep adalah jelas dan mudah difahami
h) Kandungan adalah sesuai dan tidak menyinggung mana-mana pihak
  • Kredibiliti dan Kemaskini
a) Fakta-fakta yang dikemukakan adalah dari sumber-sumber yang tepat
b) Fakta-fakta yang tidak berat sebelah
c) Kandungan isi adalah lojik
  • Aspek Teknikal
a) Bagi audio, bunyinya hendaklah jelas
b) Visual mestilah jelas dan tidak kabur
c) Saiz penglihatan ke atas visual hendaklah mengikut formula jarak dan saiz visual
d) Warna jika digunakan hendaklah berkesan
  • Berkaitan
a) Isi kandungan boleh dijalin dengan mata pelajaran lain
b) Merupakan cara yang paling baik untuk menjelaskan sesuatu konsep
  • Ciri-ciri fizikal
a) Penggunaannya adalah selamat terutamanya bagi alat-alat yang menggunakan kuasa elektrik
b) Mudah digunakan, tidak melibatkan kemahiran teknikal yang tinggi
c) Mudah disimpan
d) Tahan lasak
e) Tidak memerlukan alat tambahan yang banyak apabila digunakan
f) Tidak mudah ketinggalan zaman

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
  • Bahan cetak
Bahan cetak merupakan koleksi yang penting. Tanpa bahan ini, perpustakaan khasnya tidak dapat berfungsi. Jadi adalah menjadi tanggungjawab untuk menjaga dan memeliharanya agar ia tahan lama dan dapat digunakan. Antara cara-cara ialah:
  1. Menggunakan racun serangga untuk menghapuskan serangga prosak buku-buku
  2. Menjaga kebersihan rak-rak buku dan persekitaran dalaman di perpustakaan daripada habuk / debu
  3. Mempunyai alat penghawa dingin
  4. Dilarang membawa masuk barang makanan dan lain-lain bahan yang boleh menarik minat serangga dan tikus
  5. Memastikan buku-buku tidak diletakkan di atas lantai dan disimpan di atas rak yang terlalu ketat serta kecil dari ukuran buku tersebut. Semasa menyusun buku di atas rak, pastikan kulitnya tidak berlipat.
  6. Pastikan perpustakaan tidak dimasuki air dan pancaran matahari yang terus menerus.
  7. Bagi buku-buku yang lama dan rosak, ia akan dibaikpuluh dengan melakukan penjilidan semula. Manakala proses hapuskira akan dilakukan ke atas buku-buku yang mengalami kerosakan yang teruk.
  8. Sentiasa melakukan proses kemaskini dari masa ke semasa.
  • Bahan bukan cetak
  1. Koleksi ini disusun di atas rak-rak yang telah dikhaskan.
  2. Lutsinar (transperasi) dimasukkan ke dalam plastik / bekas khas dan disusun di dalam kabinet.
  3. Carta-carta diletak dan disusun dengan kemas di para yang khas agar tidak menganggu laluan para pengguna.
  4. Pemantauan terhadap penggunaan alat-alat tersebut akan dilakukan bagi mengenalpasti kerosakan yang berlaku.
PENILAIAN
Penilaian media dibuat berpandukan kepada sudut penggunaan dan juga pembelajaran yang diperolehi. Penilaian ini termasuklah Penilaian Formatif (ketika menyediakan bahan itu). Keberkesanan media dapat dilihat dari aspek-aspek berikut:

a) Kurikulum

Bahan sumber yang digunakan haruslah sesuai dengan objektif pengajaran. Ia perlu membantu usaha guru dalam menyampaikan isi pelajaran. Selain itu, sumber yang digunakan haruslah sesuai dengan tahap pemahaman dan perkembangan kongnitif pelajar.

b) Proses

Pengalaman berinteraksi secara langsung dengan sumber pembelajaran dapat menggalakkan proses pembelajaran. Pembelajaran dapat ditingkatkan lagi sekiranya sumber itu memerlukan gerak balas pelajar secara lisan atau secara tindakan. Terdapat sumber yang digunakan secara berperingkat selaras dengan perkembangan konsep yang berturutan. Terdapat juga sumber yang sesuai digunakan dalam proses pembelajaran kendiri seperti program komputer aneka media.

c) Sikap

Penggunaan sumber yang bersesuaian dapat menarik perhatian pelajar terhadap pelajaran yang diajar. Sumber yang memberansangkan juga dapat meningkatkan motivasi pelajar. Selain itu, sumber tertentu dapat menerapkan nilai-nilai murni melalui interaksi pelajar dengan sumber itu.

d) Penggunaan

Sumber pengajaran pembelajaran haruslah mudah digunakan, dibawa dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan mudah disimpan. Pengalaman menunjukkanbahawa guru jarang menggunakan bahan sumber yang sukar digunakan atau sukar dipilih.

e) Kualiti

Kualiti sumber yang digunakan haruslah memuaskan supaya mesej yang hendak disampaikan dapat diterima oleh pelajar dengan berkesan. Bahan cetak harus senang dibaca dan mempunyai perbendaharaan kata yang digunakan sesuai dengan tahap penguasaan bahasa pembaca. Bahan audio yang digunakan mestilah jelas didengar manakala bahan visual seperti senang dilihat dan juga mesti tahan lasak sekiranya digunakan oleh pelajar-pelajar.

f) Kos

Kebanyakan sumber pengajaran pembelajaran hanya digunakan beberapa kali sahaja dalam setahun. Oleh itu kos penghasilan sesuatu bahan haruslah rendah. Untuk tujuan itu, sumber yang boleh direka ganti lebih berkesan dari segi kos.

PERKARA-PERKARA YANG DINILAI

a) Sesuai dengan objektif
b) Sesuai dengan peristiwa pengajaran
c) Boleh menjelaskan konsep/ prosedur
d) Mengalakkan interaksi pelajar
e) Menggalakkan perbincangan / aktiviti susulan
f) Ketetapan matlamat
g) Boleh difahami
h) Kadar kecepatan pembelajaran (bahan audio)
i) Dapat menarik minat pelajar
j) Kesederhanaan bahan
k) Kesesuaian warna
l) Penghurufan
m) Peraturan sepertiga segi dari kiri ke kanan visual
n) Imbangan visual secara formal atau tidak formal
o) Panduan guru / dokumnetasi cara menggunakan bahan atau alat dalam pengajaran dan persembahan
p) Garisan
q) Penyatuan yang menunjukkan sesuatu proses atau kitaran
r) Bebas dari diskriminasi
s) Kreativiti / inovatif
t) Bukti keberkesanan
u) Arahan yang jelas, teratur dan konsisten
v) Aktiviti pemulihan

1 comment: