WAKAF BUKU

PUSAT SUMBER SEKOLAH
SK BANDAR PUSAT

mengalu-alukan 
sesiapa sahaja yang ingin menderma/menyumbang buku kepada
Perpustakaan SK Bandar Pusat.

Sumbangan anda akan diklasifikasi sebagai bahan 
WAKAF BUKU
yang akan dimanfaatkan oleh semua murid sekolah ini.

Ini adalah bermatlamat meningkatkan kadar pembacaan buku murid dan meningkat nisnah murid:buku  kepada 1:15 bagi sekolah ini.

Sehubungan itu, kami sedia menerima buku yang hanya sesuai untuk bacaan 
murid sekolah kami yang terdiri daripada murid berumur 5 hingga 12 tahun iaitu

Prasekolah - 2 kelas
Prasekolah Pendidikan Khas - 1 kelas
Pendidikan Khas - 6 kelas
Normal Kelas - 19 kelas 

 Kami bersedia menerima buku-buku terpakai untuk menjayakan projek ini

yang boleh terdiri daripada buku bahasa Melayu (tulisan rumi) 
bahasa Melayu (tulisan jawi) dan buku bahasa Inggeris seperti :

ensaiklopedia
big book
buku cerita/novel kanak-kanak
buku rujukan mata pelajaran
karya besar (karya sastrawan negara)
karya agung (bersumber daripada manuskrip)
majalah
atlas
kamus
dan sebagainya yang sesuai untuk kanak-kanak

Segala sumbangan boleh terus dihantar ke SK BANDAR PUSAT
melalui 
Tuan Guru Besar untuk tindakan Guru perpustakaan dan Media 
dan sesungguhnya semua sumbangan anda sangat-sangat kami hargai.

PERHATIAN : Program Wakaf Buku ini hanya menerima sumbangan buku.
Harap maklum bahawa, kami sama sekali tidak menerima wang.

No comments:

Post a Comment