BIDANG TUGAS GPM SK BANDAR PUSAT
Bertanggungjawab kepada Pengetua / Guru Besar, Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum dalam merancang, menyelaras, melaksana dan mengambil tindakan susulan ke atas perkara-perkara berikut:
- Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.
- Merancang dan melaksanakan Dasar dan Program Tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama-sama Pengetua / Guru Besar, kakitangan Pusat Sumber Sekolah, guru dan murid-murid.
- Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama AJK Kurikulum Sekolah.
- Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang, dan kemaskini.
- Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan Perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
- Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu.
- Merancang, melaksana, menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah.
- Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah.
- Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber.
- Berhubung dan bekerjasama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri / PKG / Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan Program Pusat Sumber Sekolah.
- Menyelia dan mengurus bahan-bahan Pusat Sumber Sekolah.
- Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk / Kerja Pusat Sumber Sekolah.
- Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah.
- Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan Pusat Sumber Sekolah.
- Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan / Pusat Sumber Sekolah Negeri.
- Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah.
- Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan Pusat Sumber Sekolah.
- Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah khasnya Laporan Pusat Sumber Sekolah dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan BTPN pada bulan April dan Oktober setiap tahun.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa.
No comments:
Post a Comment