Tuesday 17 July 2012

KURSUS BLOG

Satu kursus penulisan blog telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Pusat Sumber Sekolah, SK Bandar Pusat dengan diterajui oleh GPM Cikgu Zahid dan FT Pn. Zaliza. Kursus ini telah dimulakan pada 11 Julai yang lalu dan berakhir pada 18 Julai 2012 dengan menjalankan kursus hanya pada waktu free guru yang berminat selepas waktu rehat.

Berikut adalah antara hasilan guru yang terlibat :





Guru yang terlibat melahirkan rasa minat untuk mendalaminya lagi dan bercadang untuk memanfaatkan penghasilan blog ke arah menghasilan. menyimpan dan menghebahkan bahan pengajaran dan pembelajaran.

Tahniah daripada GPM 2012 

BULAN PSS 2012

PROMOSI BULAN PSS 2012






Monday 9 July 2012

PERANCANGAN BULAN PSS 2012

PSS SK Bandar Pusat sedang dalam perancangan untuk menjayakan Bulan PSS 2012 sebagaimana yang pernah dilaksanakan dengan jayanya pada tahun 2012.

Pada tahun ini, beberapa penambahbaikan dibuat berikutan bulan PSS yang bakal dilaksanakan melibatkan semua unit PSS di samping beberapa peristiwa yang turut menjadi pendorong menjayakan program ini.

Sambutan Bulan Kemerdekaan dengan aktiviti Kibarkan Jalur Gemilang bermula 17 Julai 2012. Diikuti dengan Program Ramadhan dan Aidil Fitri. Bulan September merupakan Bulan Sastera pasti akan meriah dengan aktiviti bahasa dan sastera mengisi program NILAM.

Manakala murid Tahun 6 yang telah menduduki UPSR pasti dapat manfaatkan program yang bakal dilancarkan kelak. Adalah menjadi harapan agar perancangan kali ini mampu melonjakkan PSS SK Bandar Pusat di samping Lawatan Penilaian Anugerah Perpuspa 2012 yang bakal bertandang ke sekolah ini di bulan September ini.

GPM 2012