PSS ABAD 21


PEDAGOGI ABAD 21


i-THINK

Soalan lazim :

1. Apakah kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran yang ada dalam Kemahiran Abad ke-21?

· Kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills)
· Kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and technology skills)
· Kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills)

2. Apakah elemen-elemen yang terkandung dalam Kemahiran Abad Ke- 21?

· Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)
· Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving)
· Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)
· Literasi Maklumat (Information Literacy)
· Literasi Media (Media Literacy)
· Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information, Communications and Technology) Literacy)
· Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and Adaptability)
· Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)
· Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)
· Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)
· Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)

3. Apakah ciri-ciri guru abad ke-21?

· menguasai subjek (kandungan kurikulum)
· mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)
· memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
· memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
· memiliki kemahiran kaunseling
· menggunakan teknologi terkini

4. Apakah ciri-ciri murid abad ke-21?

· Berupaya membuat hubung-kait
· Bijak menyoal
· Yakin berkomunikasi
· Mengambil risiko
· Dahagakan ilmu
· Ingin tahu
· Menjana idea
· Fleksibel
· Tidak berputus asa
· Mendengar dan membuat refleksi
· Berkemahiran kritis
· Menguasai kemahiran literasi
· Berani mencuba

No comments:

Post a Comment