Saturday 31 May 2014

HARI BAPA

Sama ada panggilan yang dibuat oleh anak-anak buat mereka sebagai AYAH, BAPA, ABAH, APAK, PAPA, DAD dan sebagainya meraka adalah bapa kepada kita.

Jika pada setiap hari Ahad minggu kedua bulan Mei disambut Hari Ibu, maka pada hari Ahad minggu kedua bulan Jun pula disambut Hari Bapa.

Ada pihak yang melarang kita menyambut hari-hari sebegini kerana dikatakan menyamai sambutan golongan bukan Islam. Sebagai informasi kepada semua pembaca, pada tahun ini sambutan Hari Bapa jatuh pada 15 Jun 2014, iaitu hari terakhir cuti persekolahan.

SELAMAT HARI BAPA

Tuesday 27 May 2014

PERPUSTAKAAN DIBUKA SEPANJANG CUTI PERSEKOLAHAN

Sebagaimana cuti sekolah sebelum ini, Perpustakaan, Pusat Sumber Sekolah akan beroperasi sepanjang cuti sekolah ini bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Bermula 28 Mei 2014 hingga 13 Jun 2014, kecuali Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.

Harap maklum.

Thursday 15 May 2014

TERIMA KASIH SCHOLASTIC


Hari ini, Pusat Sumber Sekolah, SK Bandar Pusat menerima 50 buah buku daripada Scholastic Malaysia berserta dengan 680 sijil penyertaan READ 2013.

Terima kasih daripada segenap warga SK Bandar Pusat.

Link URL : http://scholastic.com.my/en

Friday 9 May 2014

SAMBUTAN HARI IBU 2014

11 Mei 2014, Sambutan Hari Ibu, sehubungan itu JK Kantin dan JK 3K telah mempamerkan peralatan yang kerap digunakan oleh kaum ibu di dapur pada masa dahulu.







Pameran Bertema yang bertemakan Hari Ibu ini merupakan antara aktiviti di sekolah ini yang menjadi sumber pengetahuan dan pembelajaran kepada warga SK Bandar Pusat dan juga pengunjung selain menambah keceriaan kantin sekolah. 

Kita tunggu pameran-pemeran bertema lagi, dan yang terdekat ialah Sambutan Hari Guru 16 Mei 2014, tentu ada kejutan buat warga SK Bandar Pusat.

PSS SK Bandar Pusat mengucapkan Selamat Hari Ibu terutama buat cikgu-cikgu perempuan, warga kerja SK Bandar Pusat dan semua ibu-ibu yang membaca blog ini. SELAMAT HARI IBU.

Monday 5 May 2014

SAHABAT BUKU

Program Sahabat Buku kini kembali. Guru Perpustakaan dan Media, JK Perpustakaan, JK NILAM dan JK MBMMBI SK Bandar Pusat berganding bahu menjayakan program ini yang pernah dilaksanakan dengan jayanya pada tahun 2013 yang lalu.

Murid telah dimaklumkan minggu lepas akan progran ini, maka pada pagi 5 Mei 2014, GPM telah berlegar di sekeliling sekolah memerhati dan mencari murid yang boleh dikategorikan sebagai SAHABAT BUKU.

Murid yang ditemui membawa dan membaca buku (sebarang buku bacaan) akan diberi penanda buku yang tertera PROGRAM SAHABAT BUKU 2014. Penanda buku ini mengandungi 30 petak kosong untuk dilekatkan dengan stiker SAHABAT BUKU.

Stiker tersebut akan diserahkan kepada murid yang membaca buku sewaktu berada di kawasan sekolah tanpa mengira lokasi dan masa (kecuali waktu pengajaran dan pembelajaran) sekiranya ditemui oleh guru yang memegang stiker untuk program ini bagi hari tertentu.

Pemegang Penanda Buku perlu mengumpul 30 stiker Sahabat Buku untuk melayakkan mereka menuntut hadiah daripada PSS SK Bandar Pusat. Mereka boleh memulakan pengumpulan stiker untuk penanda buku yang kedua dan seterusnya sehingga program ini ditamatkan untuk tahun ini.

Melalui program ini, diharapkan murid SK Bandar Pusat akan sentiasa kelihatan bersama buku dan membacanya walau di mana mereka berada dalam kawasan sekolah. GPM dengan kerjasama JK MBMMBI, JK Perpustakaan dan JK NILAM berharap program ini akan mencapai objektif sebagaimana yang dikehendaki oleh Tuan Guru Besar SK Bandar Pusat, Tuan Haji Hamzah bin Mat Ali.

GPM 2014

Sunday 4 May 2014

LAWATAN PENANDAARASAN

Warga SK Bandar Pusat telah mengadakan Lawatan Penandaarasan ke SK Convent, Cameron Hoghlands pada 3 Mei 2014 (Sabtu) yang telah diketuai oleh Tuan Guru Besar, Tuan Hj. Hamzah bin Mat Ali.

JK Induk dan Kerja PSS SK Bandar Pusat tidak melepaskan peluang untuk meninjau PSS SK Convent dan mencungkil kejayaan sebagai PSS Cemerlang Kebangsaan 2013.




Di bilik BOSS

Menuju ke PSS

Pintu Masuk PSS













Terima kasih SK Convent Cameron Highlands atas kesudian menerima kunjungan kami dari SK Bandar Pusat.