Monday 9 July 2012

PERANCANGAN BULAN PSS 2012

PSS SK Bandar Pusat sedang dalam perancangan untuk menjayakan Bulan PSS 2012 sebagaimana yang pernah dilaksanakan dengan jayanya pada tahun 2012.

Pada tahun ini, beberapa penambahbaikan dibuat berikutan bulan PSS yang bakal dilaksanakan melibatkan semua unit PSS di samping beberapa peristiwa yang turut menjadi pendorong menjayakan program ini.

Sambutan Bulan Kemerdekaan dengan aktiviti Kibarkan Jalur Gemilang bermula 17 Julai 2012. Diikuti dengan Program Ramadhan dan Aidil Fitri. Bulan September merupakan Bulan Sastera pasti akan meriah dengan aktiviti bahasa dan sastera mengisi program NILAM.

Manakala murid Tahun 6 yang telah menduduki UPSR pasti dapat manfaatkan program yang bakal dilancarkan kelak. Adalah menjadi harapan agar perancangan kali ini mampu melonjakkan PSS SK Bandar Pusat di samping Lawatan Penilaian Anugerah Perpuspa 2012 yang bakal bertandang ke sekolah ini di bulan September ini.

GPM 2012