Monday 24 November 2014

CUTI DI PERPUSTAKAAN

Sebagaimana cuti-cuti persekolahan yang lalu, pada kali ini PSS SK Bandar Pusat akan membuka Perpustakaan untuk semua murid dan kakitangan sekolah ini bermula 24 November hingga 19 Disember 2014.

Perpustakaan akan dibuka bermula pukul 9.00AM hingga 12.00PM dalam tempoh tersebut.

Menyingkap ucapan Tuan Guru Besar, Hj. Hamzah bin Mat Ali, AMP., semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan 2014 yang lalu, beliau telah mengingatkan semua murid menerusi ibu bapa masing-masing agar tahap bacaan dalam Program NILAM melepasi 100 buah buku setahun. Sehubungan itu, beliau sangat berharap agar masa cuti ini dimanfaatkan dengan membaca dan mengumpul sebanyak mungkin catatan NILAM.

Sepanjang cuti ini, GPM dan PPM akan bergilir-gilir bertugas di perpustakaan. Proses pinjaman dan pemulangan buku berjalan sebagaimana biasa.

'MEMBACA MENJANA MINDA'

Saturday 22 November 2014

JAMUAN AKHIR TAHUN PSS

Tarikh : 26 November 2014
Hari     : Rabu
Masa   : 8.00 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat : Kantin SK Bandar Pusat

Semua Pengawas PSS termasuk yang baru dilantik dan juga Briged Bestari dijemput hadir ke Jamuan Akhir Tahun PSS tersebut.

Beberapa orang guru yang turut hadir pada hari berkenaan berkaitan pengumuman Keputusan UPSR 2014 juga akan memeriahkan majlis berkenaan.

Dalam majlis tersebut, pengawas-pengawas akan menerima sijil masing-masing.

Harp maklum.

Tuesday 11 November 2014

LAWATAN PENANDAARAS GPM MARAN KE PSS SMK TPPTM

11 November 2014, GPM-GPM dari PKG Bandar Maran dan PKG Bandar Pusat telah mengikuti Lawatan Penandaarasan Ke Pusat Sumber Sekolah, SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Sekolah ini merupakan Johan Pusat Sumber Cemerlang Kebangsaan 2014.



Brosur Program dan gambar-gambar lawatan

Tepat 10.30am kami tiba ke SMK TPPTM
 


Menerima taklimat daripada GPM Puan Zahidah Harun
Cenderamata daripada PKG Bandar Maran dan PKG Bandar Pusat kepada PSS SMKTPPTM














Bersama Y. Bhg. Datin Sri Diraja Dato' Hajah Junaini binti Kasim
Pengetua Cemerlang SMK TPPTM
 


Terima kasih PSS SMK TPPTM

Tuesday 4 November 2014

LANTIKAN PENGAWAS PSS 2015

Unit Pengawas PSS dan Briged Bestari, dalam proses lantikan sesi persekolahan 2015. Untuk itu, semua pengawas sedia ada telah menerima Surat Pembubaran Badan Pengawas PSS Sesi Persekolahan 2014 dan Borang Permohonan Pengawas PSS Sesi Persekolahan 2015.

Borang permohonan tersebut perlu diserahkan kepada Pn. Masrina Mohd Saleh pada atau sebelum 10 November 2014. Kepada sesiapa yang tidak mengembalikan borang tersebut atau lewat menyerahkannya, Badan Pengawas PSS, beranggapan pemohon tidak berminat untuk dilantik semula.

Dalam pada itu, sejumlah 50 orang Pengawas PSS dan 10 orang Briged Bestari akan dilantik untuk tahun depan. Borang Permohonan yang lengkap dan telah dipilih oleh Panel Pemilih akan menerima Surat Tawaran Lantikan, penjaga yang bersetuju dengan tawaran tersebut akan memulangkan Surat Persetujuan Lantikan kepada Pn. Masrina pada atau sebelum 17 November 2014. Kelewatan membuatkan Panel Pemilih beranggapan tidak bersetuju untuk dilantik sebagai Pengawas PSS 2015.

Sehubungan dengan itu, sebarang permasalahan sila berhubung terus dengan Pn. Masrina, manakala keputusan lantikan adalah muktamat. Harap maklum.

GPM 2014   

Thursday 30 October 2014

TAHNIAH! PKG BANDAR PUSAT

Karnival Perpuspa 2014 telah melabuhkan tirainya pada 30 Oktober 2014 setelah berkampung di BTPN Pahang sejak 27 Oktober.

Beberapa seminar, pembentangan kertas kerja dan pameran telah berlangsung dengan jayanya. Pada 30 Oktober 2014, Mesyuarat Agung PERPUSPA telah dijalankan yang melibatkan semua PPD Pahang, Pengetua SM, Guru Besar SR, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG, GPM dan GPB.

Seterusnya Majlis Anugerah Perpuspa di mana PKG Bandar Pusat telah dinobatkan sebagai Johan Keceriaan PKG (Berbangunan Sendiri) dan Johan Pusat Sumber PKG. Tahniah!

Wednesday 22 October 2014

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

Oktober merupakan Bulan Membaca Kebangsaan dan awal November bermula Program Kem Membaca 1 Malaysia. Pada tahun ini, program bacaan senyap akan berlangsung seluruh negara pada 4 November 2014 selama 2014 saat (menghampiri 34 minit).

PSS SKBP tidak mahu ketinggalan menjayakan program tersebut pada tarikh berkenaan dan menjadi sebahagian daripada kejayaannya.

Saturday 18 October 2014

BENGKEL PHOTOSHOP

13 Oktober 2014, SMK LKTP Jengka 16 - Bengkel Photoshop telah dijalankan oleh PKG Bandar Pusat dengan dihadiri oleh semua GPM Kelompok Jengka. Encik Asral yang merupakan Pegawai Teknologi di PKG Bandar Pusat telah menjadi pemudahcara bengkel.

Bengkel itu telah berlangsung dengan jayanya dari 13 hingga 14 Oktober 2014.


Tuesday 7 October 2014

5 BINTANG



Setiap sekolah di bawah KPM tidak akan terlepas daripada penilaian ini.  Alhamdulillah, PSS SK Bandar Pusat terus menyerlah dengan pencapaian 5 Bintang IQ-PSS semenjak 2010.

PSS SK Bandar Pusat turut mengalu-alukan kedatangan Panel Penilai Sekolah Kluster Kecemerlangan yang akan ke SK Bandar Pusat pada bila-bila masa sahaja dari 29 September hingga 15 Oktober 2014 ini.

Wednesday 3 September 2014

BENGKEL SSQS, TAKLIMAT TMK DAN PROGRAM BERSAMA PERPUSTAKAAN AWAM

Bengkel SSQS telah berlangsung di PKG Bandar Pusat pada 20 Ogos 2014. Menerusi bengkel ini, GPM telah didedahkan penyelesaian permasalahan SSQS 2014.



Kemudian pada 26 dan 27 Ogos yang lalu, satu taklimat KSSR TMK telah berlangsung di PPD Maran.


 


Sebelum itu, pada 25 Ogos 2014, semua murid pendidikan khas bersama guru dan pembantu pengurusan murid telah ke Perpustakaan Awam Jengka menjayakan Program Bersama Perpustakaan Awam Jengka.









Monday 11 August 2014

MERDEKA 57

PERHATIAN KEPADA SEMUA MURID SK BANDAR PUSAT


Jangan lepaskan peluang ini!!!

Friday 25 July 2014

PEMILIHAN TOKOH NILAM DAERAH MARAN

PKG BANDAR JENGKA, 22 Julai 2014, Selasa - SK Bandar Pusat menghantar Nur Fatin Aisyah untuk kategori Bahasa Melayu dan Muhammad Danial untuk kategori Bahasa Inggeris.







Keputusan pemilihan tersebut meletakan Nur Fatin di tempat ketiga manakala Muhammad Danial di tempat kedua.

Thursday 17 July 2014

PROGRAM ADD BH PSS 2014

PSS SK Bandar Pusat telah melancarkan Program Akhbar Dalam Darjah (ADD) Berita Harian yang diterima setiap Isnin menerusi sisipan Akhbar Didik BH. Sebanyak 50 naskhah diterima sejak April 2014 pada setiap hari Isnin.

PSS SK Bandar Pusat mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang sangat bernilai itu. Sehubungan itu, PSS telah merancang program ini untuk dimanfaatkan oleh semua kelas menerusi aktiviti berikut :
  1. Pertandingan Sudut Bacaan Akhbar BH di dalam setiap kelas 
  2. Pertandingan Pameran Keratan Akhbar Bertema BM dan Alam Sekitar
  3. Pertandingan pembinaan bahan kitar semula kertas akhbar 
 Pertandingan ini di bawah penilaian JK NILAM, JK MBMMBI, JK SLAAS dan JK Perpustakaan yang akan dilaksanakan pada 29 Ogos dan 26 September ini.

Pelancaran aktiviti ini telah dilaksanakan pada 14 Julai oleh Encik Basri Abdullah, GPK Kokurikulum dengan penyerahan naskhah  BH kepada semua guru kelas.




Pengasingan akhbar BH Didik untuk aktiviti kelas Tahun 6