Showing posts with label Perpuspa. Show all posts
Showing posts with label Perpuspa. Show all posts

Thursday, 30 October 2014

TAHNIAH! PKG BANDAR PUSAT

Karnival Perpuspa 2014 telah melabuhkan tirainya pada 30 Oktober 2014 setelah berkampung di BTPN Pahang sejak 27 Oktober.

Beberapa seminar, pembentangan kertas kerja dan pameran telah berlangsung dengan jayanya. Pada 30 Oktober 2014, Mesyuarat Agung PERPUSPA telah dijalankan yang melibatkan semua PPD Pahang, Pengetua SM, Guru Besar SR, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG, GPM dan GPB.

Seterusnya Majlis Anugerah Perpuspa di mana PKG Bandar Pusat telah dinobatkan sebagai Johan Keceriaan PKG (Berbangunan Sendiri) dan Johan Pusat Sumber PKG. Tahniah!

Tuesday, 7 October 2014

5 BINTANG



Setiap sekolah di bawah KPM tidak akan terlepas daripada penilaian ini.  Alhamdulillah, PSS SK Bandar Pusat terus menyerlah dengan pencapaian 5 Bintang IQ-PSS semenjak 2010.

PSS SK Bandar Pusat turut mengalu-alukan kedatangan Panel Penilai Sekolah Kluster Kecemerlangan yang akan ke SK Bandar Pusat pada bila-bila masa sahaja dari 29 September hingga 15 Oktober 2014 ini.

Thursday, 24 October 2013

KARNIVAL TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI PAHANG 2013

PKG Bandar Pusat menebus kekecewaan PSS SK Bandar Pusat dengan membawa pulang Johan Anugerah Kategori Pengurusan Fizikal Dan Keceriaan PKG Pahang Terbaik Berbangunan Sendiri 2013, Naib Johan Anugerah Kategori Pengurusan Pusat Sumber PKG Terbaik Pahang, Naib Johan Anugerah Kategori ICT PKG Pahang Terbaik dan Anugerah PKG Cemerlang KategorinPKG Pahang Berbangunan Sendiri 2013 dengan membawa pulang piala pusingan, piala iringan dan wang RM1,500.00.

Seluruh warga SK Bandar Pusat mengucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan ini.






Koleksi Foto GPM SK Bandar Pusat 2013

Sunday, 22 September 2013

KUNJUNGAN PENILAI ANUGERAH BINTANG PERPUSPA

Pada 18 September 2013, Pegawai Penilai dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang telah memantau PSS SK Bandar Pusat. Persediaan yang dibuat berdasarkan Perancangan 5 Tahun PSS SKBP 2009 - 2013 telah menarik perhatian panel penilai. Berikut adalah antara koleksi gambar sepanjang penilaian tersebut:




























Wednesday, 11 September 2013

SELAMAT DATANG PANEL PENILAI ANUGERAH PERPUSPA

Pusat Sumber Sekolah, SK Bandar Pusat, mengalu-alukan kehadiran Panel Penilai Anugerah Perpuspa 2013 ke sekolah kami.

Maklumat terkini yang diperolehi, penilaian akan dijalankan pada 25 September ini. Sehubungan itu, PSS SKBP telah mengemaskini segala elemen penilaian yang diperlukan berdasarkan instrumen yang dibekalkan.

Adalah menjadi harapan kami agar 2013 membuahkan sesuatu sebagai mana pada tahun 2012 Penilaian Perpuspa telah meletakan Pusat Akses Sekolah SK Bandar Pusat sebagai Pusat Akses Sekolah Terbaik Pahang Kategori Sekolah Rendah 2012. Rujuk Perancangan 5 Tahun PSS SKBP berakhir pada 2013 ini.

Selamat Datang Panel Penilai Anugerah Perpuspa 2013.

GPM SKBP 2013

Tuesday, 20 August 2013

ANUGERAH PERPUSPA 2013

Anugerah Bintang PERPUSPA 2013 yang dianjurkan oleh BTP Pahang sekali lagi disertai SK Bandar Pusat. Anugerah yang melibatkan semua pusat sumber sekolah dalam negeri Pahang merupakan anugerah yang menjadi kayu pengukur BTP Pahang dalam mengetengahkan dan melahirkan PSS Cemerlang Pahang seterusnya merealisasikan visi dan misi yang telah dirangka.

Pada tahun 2012, PSS SK Bandar Pusat merupakan Johan Pusat Akses Sekolah Kategori SK Bandar dalam Majlis Anugerah Bintang PERPUSPA 2012. Pada tahun ini, PSS SK Bandar Pusat dicalonkan untuk penilaian Anegerah Bintang PERPUSPA 2013.

Sehubungan itu, JK Induk, JK Kerja dan JK Pengawas PSS telah bersedia untuk dinilai dan dipantau di samping terus melengkapkan dan mengemas kini beberapa perkara yang menjadi penilaian panel penilai.

GPM 2013