Friday 13 February 2015

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PSS 2015

13 Februari 2015 - Sejumlah 45 orang Pengawas PSS dan Briged Bestari telah menerima Watikah Pelantikan masing-masing dalam Majlis Kem Kepimpinan Murid dan Alam Sekitar 2015.

Majlis tersebut turut disertai oleh Badan Pengawas Sekolah, Ketua-ketua Kelas dan Pengerusi Kelab/Persatuan/Unit Beruniform, Briged Alam, Skuad Alam Sekitar, dan Pembimbing Rakan Sebaya.


Tepat jam 7.40 pagi, semua peserta telah berkumpul di Foyer Tun Abdul Razak untuk pendaftaran dan taklimat oleh Puan Nur Fatimah (Kaunselor SK Bandar Pusat).

Bermula jam 9.30 pagi peserta dipisahkan mengikut unit/badan masing-masing, oleh itu Pengawas PSS beserta Briged Bestari telah ditempatkan di Pusat Akses Sekolah untuk menerima taklimat tentang Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Pengawas PSS dalam mendepani Abad ke 21 yang dibentang oleh Guru Perpustakaan dan Media Encik Zahid bin Bakar.


Pada jam 11.00 pagi, peserta berkumpul semula di foyer untuk menerima amanat kepimpinan daripada Tuan Guru Besar, Tuan Haji Hamzah bin Mat Ali.

Selepas bacaan ikrar Aku Janji,semua peserta menerima watikah lantikan masing-masing dan ikuti dengan sesi pengambaran. Majlis tamat pada jam 12.10 tengah hari.


Sila ikuti lain-lain foto menerusi link GALERI