Tuesday 28 February 2012

PERANCANGAN 5 TAHUN 2009 - 2013

RANCANGAN PEMBANGUNAN
5 TAHUN (2009 – 2013)
PUSAT SUMBER SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUSAT

1. Pengenalan

            Pusat sumber sekolah (PSS) merupakan eleman yang penting dalam memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh itu, PSS perlu merancang program pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warga pendidik dan murid yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia bagi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

            Pembangunan Pusat Sumber Sekolah akan memberi tumpuan kepada program pembangunan fizikal, penggunaan ICT dalam pembelajaran, penerapan budaya ilmu dan membaca di kalangan pelajar dan guru.

2.  Matlamat Pembangunan Pusat Sumber Sekolah

2.1   Visi Sekolah : SK Bandar Pusat Sekolah Cemerlang menjelang 2013
2.2   Misi Sekolah :
a)    Menyediakan perkhidmatan pengurusan pendidikan yang cemerlang.
b)    Menyediakan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan yang efektif dan menarik
c)    Menyediakan perkhidmatan kokurikulum secara sistematik dan cemerlang.
d)    Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih dan kondusif serta ceria di semua tempat.
e)    Membentuk sahsiah dan akhlak yang terpuji dan bermoral sebagai budaya hidup seharian.
f)       Menjalin hubungan dua hala yang baik dengan ibu bapa, komuniti dan pihak yang berurusan dengan sekolah demi menjana kecemerlangan sekolah selaras dengan wawasan negara.
  
3.  Objektif Pembangunan Pusat Sumber Sekolah

3.1   Melaksanakan penstrukturan semula fizikal PSS
3.2   Mewujudkan PSS di setiap ruang prasarana sekolah
3.3   Menjadikan PSS sebagai pusat teknologi maklumat di sekolah bagi membolehkan guru dan murid menggunakan teknologi semasa untuk memperolehi, komunikasi dan memproses maklumat
3.4   Melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembalajaran melalui penyediaan, pengurusan dan penggunaan pelbagai bahan sumber
3.5   Menjadi pusat penerbitan bagi membantu guru menghasilkan bahan pengajaran dan membantu pelajar menghasilkan karya pembelajaran
3.6   Menggalakkan tabiat suka membaca dan memperkembangkan minat serta kemahiran membaca dan membina sikap apriasi sastera, membina suatu masyarakat yang membaca, setarusnya ke arah budaya ilmu


4.  Piagam Pelanggan Pusat Sumber SK Bandar Pusat

            Berusaha mengembleng seluruh tenaga warga sekolah ini, untuk mewujudkan suatu perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang efisen, komited, cekap, cemerlang dan mantap.  

Memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara serta Wawasan Pendidikan sebagai penghubung menuju ke arah kecemerlangan sekolah dengan memberi penekanan terhadap pengisian program pusat sumber yang mantap dan dapat membantu kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum dengan penuh tanggungjawab.

            Rancangan ini hanya dapat dicapai melalui :

  • Mewujudkan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang cekap sesuai dengan kehendak dan keperluan pengguna PSS.
  • Memastikan suasana PSS yang kondusif dan mantap kepada semua pengguna agar dapat memberi peluang untuk mereka mengembangkan bakat dan kemahiran secara kreatif dan inovatif sesuai dengan objektif masing-masing.
  • Mewujudkan sistem pengawalan pelaksanaan dan pengurusan perkhidmatan PSS yang berdisiplin dan cekap menepati kehendak pengguna sejajar dengan arus perkembangan teknologi dan pengurusan maklumat terkini.
  • Menjalinkan hubungan yang erat, berkesan dan melalui bentuk jalinan yang mesra pengguna secara kolaboratif dan patisipatif untuk mencapai hasrat dan wawasan organisasi.

5.  Faktor-faktor yang membantu menungkatkan pembangunan Pusat Sumber Sekolah.

5.1   Faktor Sumber Manusia

5.1.1       Kepimpinan PSS

AJK INDUK PSS yang diketuai oleh Pengetua berperanan :

v  Merancang dasar dan polisi PSS
v  Merancang dan menyelesaikan masalah dan aspek kewangan dan belanjawan
v  Merancang dan menyelesaikan masalah peralatan dan pembangunan fizikal
v  Menyelaras dan memastikan semua program yang dirancang bergerak ke arah pencapaian objektif yang diharapkan
v  Membuat penilaian berkesan

5.1.2       AJK Kerja PSS

v  Pengurusan organisasi
v  Pengurusan persediaan bahan dan media
v  Oengurusan dan penradbiran PSS
v  Pengurusan unit kerja
v  Pengurusan fizikal dan keceriaan
v  Pengurusan aktiviti PSS
v  Pengurusan sumber manusia

5.1.3       Peranan Guru PSS

o   Membantu memilih dan memperolehi bahan-bahan yang bersesuaian
o   Membantu menyediakan bahan
o   Merancang kegiatan-kegiatan dan jadual waktu perpustakaan
o   Menyediakan bibliografi
o   Mengajar cara menggunakan perpustakaan
o   Memberi perkhidmatan kepada guru-guru dalam memilih dan memperolehi bahan-bahan yang sesuai

5.1.4       Peranan Pelajar (Pengawas PSS)

Ø  Membantu guru perpustakaan menjalankan aktiviti perpustakaan
Ø  Mengurus peminjaman dan pemulangan buku
Ø  Membantu guru PSS mengurus bilik-bilik sumber

5.2   Faktor Kewangan

5.2.1       Sumber

ü  Wang kerajaan (Pusat Sumber)
ü  Wang SUWA
ü  Aktiviti PSS

5.2.2       Aktiviti untuk mendapatkan sumber kewangan

ü  Jualan Buletin PSS
ü  Jualan kad perpustakaan
ü  Kutipan denda lewat
ü  Jualan borang pertandingan / kuiz

5.2.3       Sumber ini digunakan untuk membiayai pembangunan PSS dari aspek :
  
ü  Penyelenggaraan
ü  Menambah koleksi PSS
ü  Menggerakkan aktiviti PSS

6.  Keceriaan

·         Setiap sudut bangunan sekolah
·         Papan Maklumat
·         Labelling semua sumber di sekolah
·         Petunjuk Arah
·         Landskap (Taman Sumber)
·         Langsir
·         Tikar getah
·         Penghawa dingin
·         Hiasan dalaman


7.  Penglibatan Pihak Luar

Bil
Pihak Terlibat
Peranan dan Sumbangan
1
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
Memberi khidmat nasihat pembangunan dan pengurusan
2
Pusat Sumber Pendidikan Negeri
Memberi khidmat nasihat pembangunan dan pengurusan PSS
3
Pejabat Pendidikan Daerah
Khidmat nasihat pelaksanaan PSS
4
Pusat Kegiatan Guru
Memberi khidmat bantuan pengurusan PSS
5
Perpustakaan Negeri / Daerah / Desa / Bergerah
Program galakkan membaca
6
PIBG
Sumber kewangan
7
Individu
Sumbangan buku


8.  Rangkaian PSS

8.1   PSS akan berfungsi menggerakkan warga pendidik sekolah sebagai penghasil ilmu dan pembekal ilmu.
8.2   PSS SK Bandar Pusat berhasrat mempunyai sistem automasinya sendiri kelak.
8.3   PSS SK Bandar Pusat berhasrat mempunyai sistem rangkaian dalamannya dan akan mencapai status PSS tanpa sempadan menjelang 2010

9.  Aktiviti Semasa

·         Perlantikan Pengawas PSS
·         Pelancaran program NILAM peringkat sekolah untuk Tahun 1 sahaja
·         Pengubahsuaian Pusat Sumber Sekolah
·         Penyertaan dalam pertandingan Bintang PERPUSPA
·         Mewujudkan sudut NILAM
·         Menyelenggara peralatan media elektronik untuk P & P
·         Pelaksanaan program Eduwebtv.com
·         Menyusun dan mengemaskini semula daftar buku dan inventori PSS sekolah
·         Merancang rancangan jangka panjang (5 tahun) dan meracang serta melaksanakan aktiviti semasa PSS (rujuk pelan perancangan 5 tahun dan perancangan tahunan PSS)



No comments:

Post a Comment