Monday 22 February 2016

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN GPM KALI PERTAMA 2016

19 FEBRUARI 2016, JUMAAT - PKG Bandar Pusat dengan kerjasama Pejanat Pelajaran Daerah Maran telah mengadakan mesyuarat GPM buat kali pertama bagi tahun 2016.

Mesyurat diadakan bagi membincangkan item-item yang perlu ada dalam fail kuasa GPM , teknik memproses buku dan bahan bukan buku, serta penyampaian sijil anugerah PERPUSPA 2015

PSS SKBP telah menerima 5 bintang..

PERHIMPUNAN BULANAN BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI PAHANG 2016

18 FEBRUARI 2016, KHAMIS: PERHIMPUNAN BULANAN BTP TELAH DIADAKAN DI DEWAN SERI UTAMA, BTPN PAHANG. SYUKUR KEHADRAT ILLAHI KERANA  MAKMAL KOMPUTER TELAH MENERIMA NAIB JOHAN ANUGERAH MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH RENDAH.
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA WARGA SKBP TERUTAMA KEPADA MANTAN GPM DAN GPB, EN. ZAHID BAKAR.




Wednesday 10 February 2016

Pusat Akses(PuaS SKBP)

15 Februari 2016(Isnin)- Pusat Akses SK Bandar Pusat bakal beroperasi kembali.



Thursday 14 January 2016

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PSS DAN BRIGED BESTARI 2016

11 Januari 2016, Isnin - Watikah pelantikan Pengawas PSS dan Briged Bestari SK Bandar Pusat.
Bacaan ikrar diketuai oleh Ketua Murid SK Bandar Pusat, Muhammad Ikmal.
Barisan pemimpin kecil yang terdiri daripada  Pengawas Sekolah, pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas PSS, Briged Bestari ,Pengawas PPDa dan wakil ketua kelas.

Tahniah diucapkan kepada semua PENGAWAS PSS dan BRIGED BESTARI yang baru dilantik dan pengawas yang dilantik semula untuk sesi 2016.

SEMOGA DAPAT MENJALANKAN AMANAH YANG DIBERIKAN DENGAN PENUH TANGGUNG JAWAB.

TIRAI 2016

4 JANUARI 2016 - Hari pertama persekolahan, hari pertama Perpustakaan Tun Sri Lanang , SK Bandar Pusat dibuka kepada murid-murid.
Hari ini juga sejarah dicatat. seramai 3 orang murid tahun satu mengunjungi perpustakaan sekolah.
Mereka diberi token eksklusif daripada pihak pengurusan PSS sebagai lima pengunjung pertama tahap 1.

Penerima tahap 1 lain ialah daripada pelajar tahun 3 UM.
Turut menerima token eksklusif ialah murid tahap 2.
Tahniah dan syabas kepada para penerima.