OBJEKTIF

Objektif Pusat Sumber Sekolah ialah :

Menguruskan Maklumat

PSS sebagai tempat mengumpul, menyimpan serta mengedarkan pelbagai maklumat. Maklumat-maklumat ini mencakupi pelbagai bidang keilmuan seperti kemanusiaan, sains, teknologi, agama dan sebagainya. Dengan maklumat-maklumat inilah guru-guru dan pelajar dapat memperkayakan pengalaman-pengalaman pengajaran dan pembelajaran mereka.

Kecemerlangan Pendidikan 
Adalah diharapkan PSS akan dapat mempertingkatkan mutu pengajaran pembelajaran serta dapat meningkatkan prestasi pencapaian akademik dikalangan pelajar-pelajarnya.

Penggunaan Kemudahan
Menggalakkan pelajar-pelajar, guru-guru serta kakitangan sekolah menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka mempunyai tahap keilmuan yang tinggi hasilnya dari kajian dan pembacaan yang tidak ditumpukan kepada buku teks semata-mata.

Memupuk Tabiat Belajar
Adalah diharapkan dengan adanya Pusat Sumber Sekolah akan dapat membantu memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menjalankan penyelidikan melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik.

Penghasilan Bahan
Pusat Sumber Sekolah juga merupakan tempat untuk menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan / bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Perkhidmatan Pembelajaran
Pusat Sumber Sekolah juga harus berupaya memberi pandangan dan cadangan untuk melaksanakan kurikulum sekolah dengan berkesan. Oleh yang demikian, kakitangan bukan sahaja mesti mempunyai pengetahuan dan kemahiran tentang media pendidikan tetapi juga bagaimana media dapat disepadukan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya berkesan. Khidmat runding dan nasihat ini hendaklah ditawarkan bila-bila masa yang diperlukan. Ia boleh diberi dalam bentuk sesi tunjuk ajar, bengkel, kursus, pameran, temubual, dialog atau apa sahaja cara yang boleh menghasilkan konteks antara kakitangan media dengan guru-guru dan para pelajar.

Kemahiran Maklumat 
Pusat Sumber Sekolah juga seharusnya berperanan melatih pelajar-pelajar supaya dapat menggunakan kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran mereka.

No comments:

Post a Comment