PERPUSTAKAAN DIGITAL

November 2014 ini, Unit Perpustakaan sedang membaik pulih beberapa buah komputer bersama dengan Juruteknik Komputer SKBP (FT) untuk dijadikan sebagai sumber maklumat digital yang boleh diakses oleh semua warga SKBP.

Sebagai permulaan, Unit Perpustakaan akan bekerjasama dengan Unit Pusat Akses Sekolah dan hanya menyediakan perkhidmatan offline. Semua bahan yang disediakan disediakan oleh GPM, GPB dan Guru ICT SK Bandar Pusat.

Pada masa depan, unit ini bercadang untuk menyediakan perkhidmatan mencetak dan menyalin dokumen dengan dikenakan sedikit bayaran perkhidmatan.


No comments:

Post a Comment