PSS KAMI

Pusat Sumber Sekolah
Sekolah Kebangsaan Bandar Pusat
Pada 7 Januari 1974, SKBP ditubuhkan seiring dengan permintaan pendidikan berikutanpenempatan Bandar Jengka (Bandar Pusat Jengka) yang menjadi tempat tumpuan masyarakat setempat yang semakin pesat dan berperanan sebagai pusat pentadbiran wilayah Jengka oleh LKWJ.
Tatkala itu SKBP memiliki 8 bilik darjah, 1 kantin dan 3 rumah guru, PSS sangat berperanan membantu guru dan murid  dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pada 2004, berpandukan konsep PSS Bank Dunia, PSS SKBP memulakan operasi di lokasi sekarang yang lebih selesa.
SK Bandar Pusat kini memiliki PSS yang mengimpikan Kecemerlangan PSS dengan menekankan Program Pembangunan Jangka Pendek dan Program Kecemerlangan PSS 2015 - 2020.
Ketika ini, PSS SK Bandar Pusat diterajui oleh struktur organisasi yang cekap dan bertanggungjawab dalam menuju impian kecemerlangan. Tahniah kepada Guru Besar dan barisan pentadbiran yang bersungguh-sungguh memberi galakan, sokongan dan tenaga memastikan PSS SKBP Cemerlang.
Sehubungan dengan itu PSS SK Bandar Pusat meniti lakaran berikut untuk dikecapai:
Matlamat PSS -tujuan untuk mencapai perubahan tingkahlaku dalam jangka masa yang panjang
  • Mempertingkatkan mutu pendidikan negara: par excellence – keilmuan, tingkah laku, sikap dan peranan positif dalam masyaraka, kepakaran PSS memperkembangkan aspek kognitif, afektif dan psikomotor di kalangan pelajar,program disusun untuk mencapai matlamat
  • Profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisplin: agents of change, opinion leaders; peka kepada perkembangan perseitaran;menambah ilmu pengetahuan; mencari, mencipta kaedah baru dlm p&p; to make things happen/ to see things happen; disiplin dlm pendidikan satu tangungjawab yang berat dan menentukan hala tuju masa depan negara;
  • Membentuk pelajar yang berilmu, dinamis,  kreatif dan berdisiplin:pemimpin masa depan negara; Falsafah Pendidikan Negara sebagai panduan; Ketahanan diri, jati diri.
  • Jurang perbezaan, - sekolah bandar/luar bandar, sekolah beruntung dan kurang beruntung, merapatkan jurang perbezaan: kemudahan dan prasarana, kepakaran
 Objektif PSS – sesuatu perubahan yang dapat dilihat dalam jangka masa yang singkat.
  • Kecemerlangan pendidikan: meningkatkan kecemerlangan akademik melalui peningkatan mutu pengajaran dan pembelajaran;PSS peneraju p&p melalui beberapa program;
  • Penggunaan kemudahan; menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pendidikan;
  • Pemupukan tabiat belajar; tabiat belajar sendiri, pembelajaran sepanjang hayat;
  • Penghasilan bahan -  menghasil bahan-bahan untuk p&p, kos rendah dan sesuai untuk situasi sekolah;
  • Perkhidmatan pembelajaran; Menyediakan semua perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar;
  • Kemahiran maklumat -  melatih pelajar dan guru menggunakan kemahiran maklumat dalam proses p&p.
 Falsafah PSS: PSS bukan sekadar bersifat menunggu pelanggan seperti sebuah kedai, tetapi perlu menjadi sebuah pusat yang berorientasikan pelanggan dan pengguna. Penglibatan pelanggan/pengguna amat perlu untuk menentukan samada sesebuah PSS berfungsi atau tidak.
  • Pusat aktiviti; pusat aktiviti yang melibatkan pengalaman praktik guru dan murid. Program dan aktiviti berdasarkan kehendak dan keperluan pengguna;
  • Pusat perkhidmatan: menawarkan perkhidmatan dan kemudahan yang sesuai dengan kehendak pelanggan yang bertujuan mencapai matlamat kurikulum;
  • Pusat P&P -  Nadi kepada p&p dengan penyusunan program dan tumpuan kepada pelajar;
  • Pusat koleksi; Pusat yang menyediakan/ mempunyai koleksi terbaik/terkini untuk p&p.
 Fungsi PSS:  untuk mencapai matlamat dan objektif PSS, PSS sewajarnya mempunyai fungsi berikut;
  • Pengumpulan koleksi – mengumpul/memperoleh bahan koleksi pelbagai jenis, bentuk yang sesuai bagi p&p secara percuma atau dibeli;
  • Menghasilkan atau mengeluarkan sendiri, berdasarkan kepakaran individu atau kumpulan, secara inovasi atau perkongsia idea.
  • Mengorganisasi bahan yang telah ada untuk memudahkan penggunaan dan pengurusan melalui sistem pengelasan dan pengkatalogan yang terkini;
  • Menyebarkan maklumat berkenaan perkhidmatan, kemudahan dan bahan yang terdapat di PSS melalui promosi berterusan;
  • Memberikan khidmat nasihat, panduan, bimbingan kepada semua penggunaan dalam semua aspek yang diperlukan.
 Peranan PSS - untuk mencapai matlamat dan objektif PSS, peranan PSS seharusnya dijadikan sebagai:-
  • Pusat ilmu- perbendaharaan ilmu yang mengurus, memperoleh, menghasilkan dan menyebar sumber maklumat;
  • Pusat pembelajaran melalui pelbagai sumber dan perkhidmatan dan penyediaan bahan p&p yang boleh diguna secara individu atau kumpulan;
  • Pusat pengajaran yang memboleh guru mengajar dengan menggunakan kemudahan yang terkini dan sesuai;
  • Pusat profesional yang membantu guru meningkatkan ilmu-ilmu pendidikan melalui latihan dalam dan kursus;
  • Pusat yang menyediakan staf dan kepakan yang sesuai yang dapat membantu guru-guru menyelesaikan masalah dalam p&p.
Insyaallah perancangan yang dirancang, diusahakan, diselenggara dan dicerakin sentiasa akan membuahkan hasil yang sangat bernilai menjelang 2020.

No comments:

Post a Comment