NILAM

________________________________________________________________________________
2017


____________________________________________________________
 

Beberapa program berkaitan NILAM telah dilaksanakan pada tahun ini seperti JOM MEMBACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT anjuran Perpustakaan Negara Malaysia dan Perpustakaan Awam seluruh negara pada 22 April yang lalu.

Pada 21 Jun ini, dirancang pula aktiviti penganugerahan NILAM di samping pemilihan wakil NILAM sekolah ke Pencalonan NILAM peringkat negera yang akan diadakan pada 25 Jun 2014.

Program Sahabat Buku yang sedang berjalan sehingga Oktober nanti merupakan satu daripada aktiviti menggalakkan murid menghargai buku di samping mencatat rekod NILAM. Program ini menawarkan stiker yang perlu dilekatkan pada penanda buku yang diberi. Apabila penanda buku berkenaan telah penuh maka hadiah tertentu boleh dituntut oleh pengumpul yang berjaya.

Pada bulan Ramadhan nanti iaitu pada bulan Julai 2014, sudah pasti pelajar akan mengisi waktu rehat mereka dengan berkunjung ke perpustakaan kerana mengisi kelapangan berikutan berpuasa maka PSS akan menganjurkan beberapa aktiviti yang sesuai untuk menarik murid membaca.

OKTOBER merupakan Bulan Membaca Kebangsaan, sehubungan itu Unit Program Nilam, Pusat Sumber Sekolah menggalakkan semua murid memenuhi rekod NILAM masing-masing dengan data lengkap kerana satu penilaian rekod NILAM akan dijalankan pada penghujung bulan ini bagi mendapatkan data NILAM yang telah dikemas kini.

Rekod yang telah lengkap dan kemas kini akan dikumpul oleh Guru NILAM masing-masing.

Manakala, kepada semua murid Tahun 6, sila pastikan Rekod NILAM kamu telah lengkap dan betul kerana Unit NILAM akan mengeluarkan SIJIL NILAM sebelum kalian meninggalkan alam persekolahan sekolah rendah November nanti.

Program Membaca 1Malaysia dan READ yang dilaksanakan juga merupakan sebahagian aktiviti NILAM. Semua murid mesti melibatkan diri bagi menjayakan program yang dirancang.

TAMAN NILAM

Sebuah Taman NILAM dalam perancangan untuk dibina di SK Bandar Pusat. Menyedari akan kepentingan membaca dalam kalangan murid, PSS SK Bandar Pusat sedang berusaha mengorak langkah menggantikan program terdahulu seperti Projek Bakul, Projek Perpustakaan Mini, Projek Taman Ilmu kepada Projek Taman NILAM yang lebih tertumpu dan selesa dikunjungi.

PSS Bandar Pusat sangat berharap perancangan ini dapat dijayakan demi manfaat seluruh warga SK Bandar Pusat. Tuan Haji Mohamad Khizar bin Awang (GC Bahasa Melayu - DG48) yang bertugas di sekolah ini telah diamanahkan untuk memastikan akan kejayaan program.

Sebagai permulaan, beberapa buah bangku simen telah ditempah dan telah ditempatkan di dalam taman berkenaan. Encik Zahid bin Bakar (GPM DG44) berbangga dengan perancangan ini dan berharap Taman Ilmu akan berfungsi semaksimum mungkin apabila telah sedia digunakan kelak.

Segala kekangan yang diterima dalam menjayakan program ini akan ditempohi dan satu program perasmian oleh Tokoh Alam Sekitar pada tahun 2012.

Terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan perancangan yang diatur dan terima kasih juga kepada guru-guru berikut yang telah sanggup menyumbang wang ringgit dan tenaga bagi menjayakan program ini pada tahun 2010 hingga 2012 seperti:

1. Hj. Mohamad Khizar bin Awang (GC BM)
2. En. Zahid bin Bakar (GPM)
3. Hj. Abdul Rohim (Pengerusi KGKT)
4. En. Mohd Fekry bin Ariffin (Guru Peperiksaan)
5. En. Abdul Manaf (Guru BM)
6. En. Zulkifli bin Abdul Rahman (Guru BM)
7. En. Mohd Rizal (Guru Matematik)
8. En. Ahmad Tasfi (Guru Pendidikan Khas)
9. En. Zahari bin Yusof (Guru Muzik)
10. En. Tarmizi (Guru Pendidikan Khas)
11. En. Khairul Nizam (Guru Pendidikan Khas)
12. En. Mohd Ramzi bin Abd Karim (Guru Data)
13. Hj. Khairul Isham bin Kassim (Guru PJPK)
14. En. Saiful Aza (Guru Sains)
15. Ustaz Annis Falahain (Guru j-QAF)
16. Hj. Che Mohd Hashim bin Che Omar (Guru Pendidikan Islam)

Terima kasih, cikgu.

i-NILAM
http://nilam.tarantula.my/

Program NILAM sentiasa dikemas kini dalam aplikasi di atas.

2010, PSS SK Bandar Pusat telah menyertai Anugerah NILAM Pahang, 2011 sekali lagi PSS tidak ketinggalan menghantar peserta. Kita tunggu keputusannya kelak.

Taman NILAM turut dalam perancangan 2011 untuk dibangunkan. Adalah menjadi harapan agar projek NILAM 2011 - 2013 SK Bandar Pusat akan menyerlah kejayaan.

PROGRAM GALAKAN MEMBACA

Suatu tamadun atau bangsa yang bertamadun hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Pendekatan yang terbaik untuk membina bidang ilmu sesebuah negara dan menjana perkembangan mental seseorang ialah melalui amalan membaca yang berterusan dan bukan hanya berorientasikan peperiksaan.

Kajian literasi oleh Perpustakaan Negara Malaysia 1996 mendapati kebanyakkan rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun. Kajian juga mendapati keutamaan pelajar membaca ialah untuk tujuan pembelajaran dan sedikit untuk bacaan senggang. Suatu pendekatan yang wajar dilaksanakan untuk memupuk tabiat membaca ialah dengan menubuhkan Program NILAM.

APAKAH NILAM?

‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu.

Program NILAM ini merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah.

Ia merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.

Program ini telah mula dengan Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada tahun 1999 dan penilaian pembacaan mereka diteruskan sehinggalah mereka tamat persekolahan.

MENGAPA?

Matlamat program NILAM ialah untuk membina tabiat membaca di kalangan masyarakat negara ini, khususnya golongan pelajar.

OBJEKTIF

Menjadikan murid banyak membaca.
Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

CIRI-CIRI PELAKSANAAN NILAM

Murid
Murid membaca buku yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka dan mencatat maklumat pengarang, judul, penerbitan dan sinopsis buku yang dibaca ke dalam buku rekod.

Guru
Guru mengesahkan serta menandatangani rekod bacaan murid. Data rekod murid henaklah diserahkan kepada Pusat Sumber Sekolah untuk dianalisis. Mulai 2010, i-NILAM diperkenalkan oleh BTP dan semua data berkaitan NILAM telah diup load (muat naik) ke sistem i-NILAM BTP (http://btp.tarantula.my). SK Bandar Pusat melalui JK NILAM telah melantik jawatankuasa tetap upload data NILAM mengikut kelas yang diselaras oleh Penyelaras NILAM iaitu Ketua Panitia Bahasa Melayu.

Pengumpulan Data
Data pembacaan murid dikumpul dan diselaraskan di peringkat kelas, negeri dan kebangsaan pada setiap tahun.

Pengiktirafan dan Ganjaran
Data rekod bacaan yang dikumpulkan dari sekolah akan dinilai di peringkat kebangsaan. Sekolah juga perlu memberi pengiktirafan kepada murid yang telah mencapai tahap bacaan yang tertinggi. Murid-murid yang banyak membaca diberi pengiktirafan dan ganjaran.

TAHAP PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN NILAM

Pelaksanaan Program NILAM ini dibahagikan kepada dua tahap:

1. Tahap Jauhari
2. Rakan Pembaca

TAHAP JUAHARIMurid-murid pada peringkat ini wajib melibatkan dalamaktiviti pembacaan sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar ( Pertengahan Tahun dalam Tahun 1). Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut :

Tahap Pengiktirafan NILAM Jauhari Sekolah Rendah

PENGIKTIRAFAN

90 – 179 buah buku   - Gangsa
180 – 269 buah buku - Perak
270 – 359 buah buku - Emas
360 buah buku ke atas - NILAM

RAKAN PEMBACA

Adalah murid-murid yang sudah membaca lebih dari 100 buah buku dan mereka layak dipilih ke tahap ini.

Murid-murid pada tahap Rakan Pembaca akan dibimbing oleh guru atau fasilitator untuk turut serta di tempat-tempat aktiviti dan membantu membuat pengesanan kemajuan aktiviti yang dijalankan murid secara tidak formal.

Murid-murid yang dipilih sebagai Rakan Pembaca akan dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang untuk menjayakan aktiviti ini. Mereka akan memilih dan meminjam buku dari pusat sumber sekolah untuk di bawa pulang. Buku-buku yang dipinjamkan akan juga dibaca oleh rakan-rakan, keluarga dan jiran.

Murid juga dilatih untuk menjalankan aktiviti pembacaan bersama rakan-rakan di sekolah seperti aktiviti bercerita, membaca bersama dan bicara buku. Aktiviti yang mereka jalankan akan diberi skor pemarkahan mengikut ramai pendengar, pembaca dan peminjam buku mereka.

Pelajar pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut Jadual Sistem Ganjaran RP.

Cadangan markah bagi aktiviti-aktiviti Rakan Pembaca adalah seperti berikut :

PENGIKTIRAFAN

100 – 199  - Gangsa
200 – 299  - Perak
300 – 399  - Emas
400 ke atas- NILAM

SISTEM PEMARKAHAN RAKAN PEMBACA

Bercerita pada 1 sesi x 5 pendengar = 5 markah*
Membaca bersama 1 sesi x 3 pembaca = 3 markah*
Bicara buku 1 sesi x 15 pendengar = 5 markah*
Meminjam buku 1 buku x 20 peminjam = 5 markah*
* Markah maksimum setiap aktiviti

GANJARAN

Apabila aktiviti galakan membaca diberi pengiktirafan dan dipiawaikan melalui NILAM, masyarakat akan dimaklumkan tentang klasifikasi pengiktirafan ini.

Penganugerahan ini akan menjadi satu aset dan pemangkin budaya suka membaca. Antara ganjaran yang diperolehi murid adalah :

Skor markah rekod bacaan murid akan dimasukkan ke dalam Buku Rekod Kemajuan Murid pada setiap akhir tahun.

Markah Rekod bacaan ini dikira dari jangkamasa 6 tahun persekolahan peringkat Rendah dan 5 tahun persekolahan peringkat Menengah.

Markah Rekod Bacaan ini akan dimasukkan ke dalam Sijil Berhenti apabila murid menamatkan persekolahannya.

Pihak sekolah juga wajar memberikan surat sokongan kepada murid yang layak menerimannya.

Murid yang telah mencapai rekod bacaan tertinggi di peringkat kebangsaan akan diberi Anugerah NILAM.

CONTOH-CONTOH AKTIVITI MEMBACA

Projek Pukal
Setiap kelas dibekalkan 30 – 50 buah buku dan murid dibenarkan meminjam buku setiap hari sebanyak mana mampu

Anotasi BukuMurid digalakkan untuk banyak membaca dan membuat ulasan tentang cerita yang dibaca di dalam buku rekod. Ulasan ini boleh dibentangkan semasa perhimpunan dan murid boleh mendapat markah Rakan Pembaca untuk aktiviti ini.

Khemah MembacaKem ini diadakan pada tiap-tiap tahun. Murid akan didedahkan dengan teknik membaca, kemahiran pengendalian maklumat, ADD dan kerja projek.

Kuiz Bestari
Pada setiap bulan, soalan dikemukakan dan kelas akan menghantar penyertaan yang mebincangkan isu-isu berkaitan Kemanusiaan, Alam Sekitar, Kesihatan, Sejarah, Keselamatan Jalan Raya, Bahaya Dadah dan Bahasa. Pemenag akan dipilih dan diberikan hadiah insentif.

CADANGAN MASA PELAKSANAAN NILAM

Satu masa membaca di perpustakaan dimuatkan dalam jadual kelas mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Ada juga waktu yang diperuntukkan untuk aktiviti PSS yang melibatkan pengajaran kemahiran membaca. Contohnya aktiviti untuk Minggu Pusat Sumber Sekolah.

Murid meluangkan sekurang-kurangnya 10 minit semasa waktu perhimpunan mingguan untuk aktiviti membac seperti membuat ulasan buku.

CABARAN

Program NILAM ini tidak akan mencapai objektif yang ditekankan sekirannya terdapat masalah kurangnya kerjasama dari pihak yang bertanggungjawab dan di samping kelemahan penyediaan prasarana yang akan melembabkan proses pelaksanaan program ini. Antara faktor-faktor yang perlu ditekankan dalam berbagai cabaran melaksanakan prorgram ini seperti:

Penyediaan koleksi bahan-bahan bacaan PSS
Memastikan koleksi bahan di pusat sumber sekolah sentiasa selaras dengan perkembangan semasa agar ia dapat menarik minat murid untuk sering mengunjungi pusat sumber.

Sokongan pihak pentadbiran sekolah
Aktiviti-aktivti pembacaan tidak akan dapat berjalan dengan lancar sekiranya pihak pentadbiran kurang memberi sokongan dalam menjalankan aktiviti Pusat Sumber termasuk menyediakan masa dan hari yang sesuai serta bantuan kewangan untuk menjalankan program ini.

Penglibatan ibu bapa dan guru-guru
Aktiviti membaca akan menjadi lebih aktif dan berkesan sekiranya ibu bapa memberi sokongan membaca semenjak dari kecil kepada murid. Selain itu, guru memainkan peranan penting dalam menekankan bacaan murid di sekolah. Contohnya memuatkan aktiviti-aktiviti bacaan seumpama teka silang kata dan latihan menulis ulasan dalam pengajaran mereka.

IMPAK

Kesan daripada penglibatan murid dalam aktiviti-aktiviti membaca dan kerjasama dari guru-guru serta penyelaras pusat sumber dalam pelaksanaan program ini akan mewujudkan golongan murid yang mempunyai minat membaca yang tinggi serta menjadikan tabiat membaca sebagai satu cara hidup dalam membentuk masyarakat intelektual, elit dan bermoral dari segi pemikiran juga pertimbangan hidup.

KESIMPULAN

Program NILAM adalah satu pendekatan yang memberi peluang dan galakan kepada murid-murid menggunakan keupayaan diri dalam membentuk tabiat membaca. Pelaksanaan program secara sistematik disokong dengan dokumen dan rekod yang sahih memudahkan penilaian dan pengiktirafan.

Sumber tambahan sila klik i-baca Perpustakaan Negara Malaysia di bawah

URL http://i-baca.pnm.my/galakan/galakanBTP_bm.asp

No comments:

Post a Comment