Friday 23 August 2013

UJIAN ONLINE PERMATA PINTAR

Pusat Sumber Sekolah SK Bandar Pusat mengalu-alukan kedatangan calon-calon Ujian Permata Pintar 2013 yang berlangsung di Makmal Komputer SK Bandar Pusat pada hari ini Jumaat 23 Ogos 2013.

Saban tahun Makmal Komputer di bawah kendalian Unit Teknologi Maklumat Pusat Sumber Sekolah SK Bandar Pusat diamanahkan menyediakan kelengkapan sesuai untuk ujian online Pemata Pintar. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar yang disertai oleh calon-calon dari sekolah-sekolah berdekatan dalam Kelompok Jengka.

Pusat Sumber Sekolah SK Bandar Pusat mendoakan semua calon beroleh kejayaan masing-masing.

GPM 2013

Tuesday 20 August 2013

ANUGERAH PERPUSPA 2013

Anugerah Bintang PERPUSPA 2013 yang dianjurkan oleh BTP Pahang sekali lagi disertai SK Bandar Pusat. Anugerah yang melibatkan semua pusat sumber sekolah dalam negeri Pahang merupakan anugerah yang menjadi kayu pengukur BTP Pahang dalam mengetengahkan dan melahirkan PSS Cemerlang Pahang seterusnya merealisasikan visi dan misi yang telah dirangka.

Pada tahun 2012, PSS SK Bandar Pusat merupakan Johan Pusat Akses Sekolah Kategori SK Bandar dalam Majlis Anugerah Bintang PERPUSPA 2012. Pada tahun ini, PSS SK Bandar Pusat dicalonkan untuk penilaian Anegerah Bintang PERPUSPA 2013.

Sehubungan itu, JK Induk, JK Kerja dan JK Pengawas PSS telah bersedia untuk dinilai dan dipantau di samping terus melengkapkan dan mengemas kini beberapa perkara yang menjadi penilaian panel penilai.

GPM 2013