Sunday 6 September 2015

LAWATAN PKPI SKBP KE PERPUSTAKAAN AWAM JENGKA

24 OGOS 2015, Pendidikan Khas SK Bandar Pusat telah mengadakan lawatan luar ke Perpustakaan Awam Jengka.

Semua murid, guru dan PPM PKPI SKBP turut serta dengan menjayakan beberapa aktiviti seterusnya turut menjayakan sambutan bulan kemerdekaan.




Ikuti foto aktiviti di galeri

Monday 24 August 2015

AKSES FROG VLE DI PJK

PKG Bandar Pusat dengan kerjasama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Rantau Perintis telah melaksanakan satu ikatan persefahaman untuk membolehkan pengunjung PJK tersebut mengakses VLE.

Monday 25 May 2015

NILAM DAERAH MARAN

14 Mei 2015 - SK Bandar Pusat tidak lepas peluang untuk menyertai Pemilihan Tokoh NILAM daerah Maran. Seperti Tahun lepas, SKBP telah menyertai kedua-dua kategori iaitu, Tokoh NILAM Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan Tohok NILAM Bahasa Inggeris Sekolah Rendah yang berlangsung di PKG Bandar Pusat.





PSS mengucapkan tahniah kepada peserta yang menyertai walaupun tidak terpilih sebagai Tokoh NILAM Daerah Maran.

KHIDMAT BANTU PSS DI SMK JENGKA 21

25 - 26 Mei 2015 - Program khidmat bantu yang melibatkan semua GPM Zon Jengka di bawah pentadbiran PKG Bandar Pusat telah melaksanakan aktiviti Khidmat Bantu PSS di SMK Jengka 21.

Berbagai aktiviti telah dijalankan yang berakhir pada 26 Mei.





Thursday 30 April 2015

KHIDMAT BANTU PSS SK LKTP JENGKA 13

29 dan 30 April 2015 telah berlangsung Program Khidmat Bantu PSS di bawah kendalian PKG Bandar Pusat. Program ini telah berlangsung di SK LKTP Jengka 13 dengan melibatkan semua GPM Sekolah Kebangsaan Kelompok Jengka.

Beberapa aktiviti telah berjaya dilaksanakan dalam program tersebut.









Thursday 23 April 2015

HARI BUKU, JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT

23 APRIL 2015 - Sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2015, Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit telah berlangsung dengan jayanya di SK Bandar Pusat pada hari ini tepat jam 10.00 pagi hingga 10.10 pagi. Semua warga sekolah telah terlibat termasuk kakitangan Pusat Kegiatan Guru Bandar Pusat dan Kantin SK Bandar Pusat.




Program ini dilangsungkan di Foyer Tun Abdul Razak yang melibatkan murid Tahun 4 dan 5, manakala murid-murid lain meneruskan aktiviti PdP dan berhenti seketika untuk melaksanakan program ini pada pukul 10.00 pagi.




Program Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia bertujuan memartabatkan kedudukan buku sebagai sumber pengetahuan utama. Walaupun teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berkembang pesat tetapi buku sebagai wadah untuk membina peradaban dunia tetap kekal dan tidak berubah.

Sesungguhnya, Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia adalah resolusi daripada persidangan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 15 Nov 1995 yang mengisytiharkan 23 April sebagai Hari Buku.


Monday 20 April 2015

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

PSS SK Bandar Pusat bersama-sama dengan segenap lapisan masyarakat Malaysia turut serta melaksanakan Program Kem Membaca 1 Malaysia yang akan berlangsung pada 21 hingga 23 April 2015.


Antara aktiviti yang dirancang untuk menjayakan program berkenaan adalah seperti :

1. Jejak Maklumat (Tahap 2) : 21 – 23 April 2015
Dapatkan borang aktiviti di perpustakaan

2. Jom Baca Bersama 10 Minit (Semua Murid) : 23 April 2015
Sila berkumpul di Foyer Tun Abdul Razak pada pukul 9.50 pagi

3. Pertandingan Teka Silang Kata (Tahap 2) : 21 – 23 April 2015
Dapatkan Kad Teka Silang kata daripada Hj. Mohamad Khizar

4. Poem Writing Competition (Tahun 4 & 5) : 22 April 2015
Dapatkan borang pertandingan daripada Puan Khadijah

5. Spelling Aa Bee C (Prasekolah) : 22 April 2015
Aktiviti dijalankan oleh Puan Tuan Azizan di prasekolah

6. Mewarna Abjad dan Nombor (Tahun 1 & Pendidikan Khas): 22 April 2015
Aktiviti dijalankan oleh Puan Nurul Azlin dan Encik Nizam

7. Pelancaran Program Sahabat Buku (Semua Murid) : 23 April 2015
Dilancarkan selepas Program Jom Membaca 10 Minit di Foyer TAR

8. Pertandingan Menulis Sajak dan Syair (Tahap 2) : 21 – 23 April 2015
Hantar kepada Hj. Mohamad Khizar pada 23 April 2015

9. Wakaf Buku (Warga SK Bandar Pusat) : 21 – 23 April 2015
Kumpul buku ke dalam kotak yang disediakan di Bilik Guru

10. Pertandingan Reka Bentuk Penanda Buku (Tahap 2) : 23 April 2015
Hantar kepada Cik Farrah Wahida pada 23 April 2015

11. Pertandingan Poster Bertajuk “Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia” (Tahap 2) : 21 – 23 April 2015
Hantar kepada Encik Ahmad Tasfi pada 23 April 2013

Sunday 19 April 2015

JOM MEMBACA

Program Anjuran Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan/Badan Berkanun, Perpustakaan-Perpustakaan Awam Negeri, Syarikat Awam dan Swasta dan individu yang berminat kini kembali lagi seperti ketetapan berikut :










Tuesday 24 March 2015

PELANCARAN NILAM DAN KURSUS PENGAWAS PSS

24 MAC 2015 - PSS SK Bandar Pusat telah menerima tetamu dari 20 buah sekolah dalam program Pelancaran NILAM Peringkat Kelompok Jengka dan Kursus Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber Sekolah.

Program ini melibatkan semua GPM dari 17 sekolah di bawah PKG Bandar Pusat dan 3 sekolah jemputanTurut serta ialah pegawai Teknologi Pendidikan daripada PKG Mentakab yang sama-sama menjayakan program ini.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Maran selepas mengikuti Resensi Buku oleh pelajar NILAM SK Bandar Pusat dan SMK Jengka Pusat.


Selepas program berkenaan, semua pengawas mengikuti Kursus Kepimpinan Pengawas PSS di Perpustakaan Tun Seri Lanang SK Bandar Pusat untuk SK dan PKG Bandar Pusat untuk SM.

Sila ikuti foto aktiviti dengan klik link GALERI

Wednesday 11 March 2015

MESYUARAT PENGURUSAN PELANCARAN NILAM GPM ZON JENGKA

11 MAC 2015 - Bertempat di PKG Bandar Pusat, semua GPM Zon Jengka telah memutuskan menerusi mesyuarat Pengurusan Pelancaran NILAM Zon Jengka untuk melaksanakan program tersebut seperti ketatapan berikut :

Tarikh : 24 Mac 2015 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Foyer Tun Abdul Razak SK Bandar Pusat
Sasaran : 20 GPM , 80 Pengawas Pusat Sumber

Agenda yang dirancang antaranya; Pelancaran Program NILAM Peringkat Zon Jengka dan Kursus Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber Sekolah.




Encik Asral yang juga Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bandar Pusat akan menjalankan Kursus Kepimpinan kepada Pengawas PSS SM manakala Encik Zahid dari SK Bandar Pusat akan melaksanakan kursus tersebut kepada Pengawas PSS SK.

Saturday 28 February 2015

KURSUS PROSES TEKNIK DAN SIRKULASI

28 FEBRUARI 2015 - Pengawas Pusat Sumber Sekolah, SK Bandar Pusat telah menghadiri Kursus Proses Teknik dan Sirkulasi yang berlangsung di Perpustakaan Tun Sri Lanang sekolah ini.

Kursus ini adalah antara aktiviti tahunan Pengawas Pusat Sumber Sekolah dalam menanam ilmu pustakawan dan sebagai persediaan menghadapi Pemantauan Awal oleh PKG Bandar Pusat pada 2 Mac 2015 ini.

Pengisian kursus ini antaranya; mengenali buku, memilih buku, memproses buku, slip kerja, melabel, merekod dalam sistem automasi dan proses sirkulasi.

Berdasarkan mesyuarat GPM yang lalu, SK Bandar Pusat dipilih sebagai tuan rumah Prograam Pelancaran NILAM Kelompok Jengka yang akan diadakan pada 31 Mac 2015. Dalam program itu, juga telah dirancang aktiviti pemantapan Pengawas Pusat Sumber Kelompok Jengka melalui Kursus Proses Teknik dan Sirkulasi sebagaimana yang telah dijalankan pada hari ini.

Tuesday 24 February 2015

MESYUARAT GPM PKG BANDAR PUSAT

24 Februari 2015 - Semua Guru Perpustakaan dan Media Sekolah-Sekolah Kelompok PKG Bandar Pusat telah mengadakan Mesyuarat GPM kali pertama hari ini.

Berbagai maklumat terkini telah disampaikan oleh Encik Asral selaku Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bandar Jengka.







Monday 16 February 2015

PELANCARAN PROGRAM 100 BUKU SETAHUN

16 FEBRUARI 2015 - Tuan Guru Besar, Tuan Haji hamzah bin Mat Ali, melancarkan Program 100 Buku Setahun dalam Perhimpunan Rasmi Pagi Isnin pada hari ini.

Sebelum itu, semua murid yang hadir pada hari ini disambut oleh para guru dalam Program Guru Penyayang dan disertai dengan memberi bahan bacaan untuk Program NILAM bersempena Program 100 Buku Setahun ini.





Dalam perhimpunan itu, Tuan Guru Besar mengingatkan murid-murid agar memastikan membaca tidak kurang 100 buah buku dan rekodkan dalam Buku Rekod NILAM. Adalah menjadi harapan sekolah agar semua murid SK Bandar Pusat pada tahun ini mencapai Tahap Minimum Jauhari Anugerah Gangsa.