Monday 5 May 2014

SAHABAT BUKU

Program Sahabat Buku kini kembali. Guru Perpustakaan dan Media, JK Perpustakaan, JK NILAM dan JK MBMMBI SK Bandar Pusat berganding bahu menjayakan program ini yang pernah dilaksanakan dengan jayanya pada tahun 2013 yang lalu.

Murid telah dimaklumkan minggu lepas akan progran ini, maka pada pagi 5 Mei 2014, GPM telah berlegar di sekeliling sekolah memerhati dan mencari murid yang boleh dikategorikan sebagai SAHABAT BUKU.

Murid yang ditemui membawa dan membaca buku (sebarang buku bacaan) akan diberi penanda buku yang tertera PROGRAM SAHABAT BUKU 2014. Penanda buku ini mengandungi 30 petak kosong untuk dilekatkan dengan stiker SAHABAT BUKU.

Stiker tersebut akan diserahkan kepada murid yang membaca buku sewaktu berada di kawasan sekolah tanpa mengira lokasi dan masa (kecuali waktu pengajaran dan pembelajaran) sekiranya ditemui oleh guru yang memegang stiker untuk program ini bagi hari tertentu.

Pemegang Penanda Buku perlu mengumpul 30 stiker Sahabat Buku untuk melayakkan mereka menuntut hadiah daripada PSS SK Bandar Pusat. Mereka boleh memulakan pengumpulan stiker untuk penanda buku yang kedua dan seterusnya sehingga program ini ditamatkan untuk tahun ini.

Melalui program ini, diharapkan murid SK Bandar Pusat akan sentiasa kelihatan bersama buku dan membacanya walau di mana mereka berada dalam kawasan sekolah. GPM dengan kerjasama JK MBMMBI, JK Perpustakaan dan JK NILAM berharap program ini akan mencapai objektif sebagaimana yang dikehendaki oleh Tuan Guru Besar SK Bandar Pusat, Tuan Haji Hamzah bin Mat Ali.

GPM 2014