RANCANGAN PEMBANGUNAN
5 TAHUN (2015 – 2020)
PUSAT SUMBER SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUSAT
1.
Pengenalan
Pusat
sumber sekolah (PSS) merupakan eleman yang penting dalam memantapkan lagi
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh itu, PSS perlu merancang
program pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warga pendidik dan murid
yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia bagi
memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pembangunan
Pusat Sumber Sekolah akan memberi tumpuan kepada program pembangunan fizikal,
penggunaan ICT dalam pembelajaran, penerapan budaya ilmu dan membaca di kalangan
pelajar dan guru.
2. Matlamat Pembangunan Pusat Sumber Sekolah
2.1
Berlandaskan Visi Sekolah
2.2
Melaksanakan Misi Sekolah
3. Objektif Pembangunan Pusat Sumber Sekolah
3.1
Melaksanakan penstrukturan semula fizikal PSS
3.2
Mewujudkan PSS di setiap ruang prasarana sekolah
3.3
Menjadikan PSS sebagai pusat teknologi maklumat di
sekolah bagi membolehkan guru dan murid menggunakan teknologi semasa untuk
memperolehi, komunikasi dan memproses maklumat
3.4
Melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembalajaran melalui penyediaan, pengurusan dan penggunaan pelbagai bahan
sumber
3.5
Menjadi pusat penerbitan bagi membantu guru menghasilkan
bahan pengajaran dan membantu pelajar menghasilkan karya pembelajaran
3.6
Menggalakkan tabiat suka membaca dan memperkembangkan
minat serta kemahiran membaca dan membina sikap apriasi sastera, membina suatu
masyarakat yang membaca, setarusnya ke arah budaya ilmu
4. Piagam Pelanggan Pusat Sumber SK Bandar Pusat
Berusaha
mengembleng seluruh tenaga warga sekolah ini, untuk mewujudkan suatu
perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang efisen, komited, cekap, cemerlang dan
mantap.
Memenuhi hasrat Falsafah
Pendidikan Negara serta Wawasan Pendidikan sebagai penghubung menuju ke arah
kecemerlangan sekolah dengan memberi penekanan terhadap pengisian program pusat
sumber yang mantap dan dapat membantu kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum
dengan penuh tanggungjawab.
Rancangan
ini hanya dapat dicapai melalui :
- Mewujudkan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang cekap sesuai dengan
kehendak dan keperluan pengguna PSS.
- Memastikan suasana PSS yang kondusif dan mantap kepada semua pengguna
agar dapat memberi peluang untuk mereka mengembangkan bakat dan kemahiran
secara kreatif dan inovatif sesuai dengan objektif masing-masing.
- Mewujudkan sistem pengawalan pelaksanaan dan pengurusan perkhidmatan
PSS yang berdisiplin dan cekap menepati kehendak pengguna sejajar dengan
arus perkembangan teknologi dan pengurusan maklumat terkini.
- Menjalinkan hubungan yang erat, berkesan dan melalui bentuk jalinan
yang mesra pengguna secara kolaboratif dan patisipatif untuk mencapai
hasrat dan wawasan organisasi.
5. Faktor-faktor yang membantu meningkatkan
pembangunan Pusat Sumber Sekolah.
5.1
Faktor Sumber Manusia
5.1.1
Kepimpinan PSS
AJK INDUK PSS yang diketuai
oleh Pengetua berperanan :
v
Merancang dasar dan polisi PSS
v
Merancang dan menyelesaikan masalah dan aspek kewangan
dan belanjawan
v
Merancang dan menyelesaikan masalah peralatan dan
pembangunan fizikal
v
Menyelaras dan memastikan semua program yang dirancang
bergerak ke arah pencapaian objektif yang diharapkan
v
Membuat penilaian berkesan
5.1.2
AJK Kerja PSS
v Pengurusan organisasi
v Pengurusan persediaan bahan dan media
v Oengurusan dan penradbiran PSS
v Pengurusan unit kerja
v Pengurusan fizikal dan keceriaan
v Pengurusan aktiviti PSS
v Pengurusan sumber manusia
5.1.3
Peranan Guru PSS
o
Membantu memilih dan memperolehi bahan-bahan yang
bersesuaian
o
Membantu menyediakan bahan
o
Merancang kegiatan-kegiatan dan jadual waktu perpustakaan
o
Menyediakan bibliografi
o
Mengajar cara menggunakan perpustakaan
o
Memberi perkhidmatan kepada guru-guru dalam memilih dan
memperolehi bahan-bahan yang sesuai
5.1.4
Peranan Pelajar (Pengawas PSS)
Ø
Membantu guru perpustakaan menjalankan aktiviti
perpustakaan
Ø
Mengurus peminjaman dan pemulangan buku
Ø
Membantu guru PSS mengurus bilik-bilik sumber
5.2
Faktor Kewangan
5.2.1
Sumber
ü
Wang kerajaan (Pusat Sumber)
ü
Wang SUWA
ü
Aktiviti PSS
5.2.2
Aktiviti untuk mendapatkan sumber kewangan
ü Jualan Buletin PSS
ü Jualan kad perpustakaan
ü Kutipan denda lewat
ü Jualan borang pertandingan / kuiz
5.2.3
Sumber ini digunakan untuk membiayai pembangunan PSS dari
aspek :
ü
Penyelenggaraan
ü
Menambah koleksi PSS
ü
Menggerakkan aktiviti PSS
6. Keceriaan
·
Setiap sudut bangunan sekolah
·
Papan Maklumat
·
Labelling semua sumber di sekolah
·
Petunjuk Arah
·
Landskap (Taman Sumber)
·
Langsir
·
Tikar getah
·
Penghawa dingin
·
Hiasan dalaman
7. Penglibatan Pihak Luar
Bil
|
Pihak Terlibat
|
Peranan dan Sumbangan
|
1
|
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
|
Memberi khidmat nasihat pembangunan dan pengurusan
|
2
|
Pusat Sumber Pendidikan Negeri
|
Memberi khidmat nasihat pembangunan dan pengurusan PSS
|
3
|
Pejabat Pendidikan Daerah
|
Khidmat nasihat pelaksanaan PSS
|
4
|
Pusat Kegiatan Guru
|
Memberi khidmat bantuan pengurusan PSS
|
5
|
Perpustakaan Negeri / Daerah / Desa / Bergerah
|
Program galakkan membaca
|
6
|
PIBG
|
Sumber kewangan
|
7
|
Individu
|
Sumbangan buku
|
8. Rangkaian PSS
8.1
PSS berfungsi menggerakkan warga pendidik sekolah sebagai
penghasil ilmu dan pembekal ilmu.
8.2
PSS SK Bandar Pusat telah mempunyai sistem automasinya
sendiri.
8.3
PSS SK Bandar Pusat berhasrat mempunyai sistem rangkaian
dalamannya (LAN) dan akan mencapai status PSS tanpa sempadan menjelang 2020
9. Aktiviti Semasa
·
Perlantikan Pengawas PSS
·
Pelancaran program NILAM peringkat sekolah untuk Tahun 1
sahaja
·
Pengubahsuaian Pusat Sumber Sekolah
·
Penyertaan dalam pertandingan Bintang PERPUSPA
·
Mewujudkan sudut NILAM di setiap kelas
·
Menyelenggara peralatan media elektronik untuk PdP
·
Pelaksanaan program Eduwebtv.com
·
Menyusun dan mengemaskini semula daftar buku dan
inventori PSS sekolah
·
Merancang rancangan jangka panjang (5 tahun) dan meracang
serta melaksanakan aktiviti semasa PSS (rujuk pelan perancangan 5 tahun dan
perancangan tahunan PSS)
No comments:
Post a Comment