PERKHIDMATAN

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Jenis-jenis perkhidmatan yang perlu ditawarkan oleh sesebuah Pusat Sumber Sekolah bergantung kepada keperluan guru-guru dan pelajar-pelajar sebagai pengguna, kemampuan kewangan dan juga bilangan kakitangan terlatih, yang ada di sekolah. Dalam merancang perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah, keutamaan hendaklah diberikan kepada empat asas, iaitu Perkhidmatan Perpustakaan, Perkhidmatan TV Pendidikan, Perkhidmatan Radio dan Perkhidmatan Alat Pandang Dengar.

PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
Perkhidmatan ini bertujuan untuk membolehkan guru-guru dan pelajar- pelajar mendapatkan maklumat-maklumat tambahan supaya pengajaran dan pembelajaran dapat diperkukuhkan dan diperkayakan. Ia juga bertujuan mengadakan kemudahan pembelajaran secara individu dengan mengambil kira kebolehan dan keupayaan pelajar yang berbeza-beza. Semua maklumat yang diperolehi terutamanya buku-buku hendaklah diproses dan diklasifikasikan mengiku Sistem Perpuluhan Dewey dan dikatalog supaya mudah dikesan oleh pengguna. Rak-rak buku hendaklah dilabel mengikut bidang ilmu tertentu supaya dapat dilihat dengan jelas.

Sistem pinjaman yang adil dan saksama patut diwujudkan. Buku-buku biasa bolehlah dipinjam dan dibawa balik oleh pengguna untuk tempoh yang telah ditetapkan. Perkhidmatan perpustakaan juga boleh mengadakah pelbagai aktiviti untuk menghidupkan suasana di Pusat Sumber Sekolah. Tiap-tiap kelas diberi peluang menggunakan perkhidmatan ini sekurang-kurangnya dua kali seminggu pada waktu persekolahan.

PERKHIDMATAN TV PENDIDIKAN ASTRO/EDUWEBTV.COM
Sebagai media pendidikan, TV turut memberi kesan dalam proses pembelajaran. Perkhidmatan TV Pendidikan boleh diadalah secara langsung/online atau secara off-air/offline. Penggunaan secara langsung ini biasanya digunakan di sekolah-sekolah yang tidak mempunyai alat perakam video. Perkhidmatan secara “off-air” boleh digunakan bila-bila masa yang difikirkan sesuai kerana rancangannya telah dirakamkan terlebih dahulu.

Setiap rancangan yang digunakan oleh guru-guru dan para pelajar sama ada secara langsung atau secara “off-air” mesti dicatatkan di dalam Buku Rekod Penggunaan TV Pendidikan. Rekod ini dapat membantu pihak pengurusan Pusat Sumber Sekolah mengetahui tahap penggunaan program media ini.

PERKHIDMATAN ALAT PANDANG DENGAR
Perkhidmatan ini ditawarkan bagi memberi pinjaman alat-alat pandang dengar kepada para guru dan pelajar. Koleksi alat-alat pandang dengar ini perlu juga dikatalogkan. Guru BBM hendaklah menyediakan katalog- katalog alat dan mengedarkannya supaya berada dalam pengetahuan guru-guru mengenai kemudahan-kemudahan yang boleh didapati dan digunakan.

Setiap penggunaannya hendaklah direkodkan di dalam Buku Rekod Penggunaan Bahan Bantu Mengajar. Rekod ini adalah sangat penting bagi mengesan alat-alat yang telah dipinjam. Bengkel pembinaan alat atau media kos rendah perlulah diadakan bagi menambahkan koleksi bahan. Antara bahan/ media kos rendah yang boleh dibuat ialah seperti peta, carta, transparensi OPH, pita slaid dan sebagainya.

Bagi menjamin perkhidmatan yang berterusan, guru BBM perlu menentukan semua alatan di “service” dari masa ke semasa. Stok alat- alat ganti seperti mentol, bateri dan sebagainya hendaklah sentiasa ada untuk digunakan apabila perlu.

PERKHIDMATAN KHAS
Perkhidmatan ini sama pentingnya dengan perkhidmatan-perkhidmatan lain di Pusat Sumber Sekolah. Guru Perkhidmatan Khas boleh mengumpul sebanyak mungkin maklumat-maklumat dalam pelbagai bidang ilmu. Maklumat-maklumat ini boleh didokumentasikan, dicetak dalam bentuk risalah, dikatalog dan diletakkan dalam Pusat Sumber Sekolah. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh diadakan oleh perkhidmatan ini ialah menganjurkan majlis ceramah dan juga demonstrasi seperti tokoh-tokoh sejarah dan pakar-pakar dalam bidang tertentu.

KHIDMAT NASIHAT
Perkhidmatan ini diwujudkan adalah semata-mata untuk memberi nasihat kepada semua pengguna mengenai hal yang berkaitan dengan Pusat Sumber Sekolah. Unit ini akan memberi panduan dan tunjuk ajar mengenai proses pinjaman, pencarian bahan, lokasi bahan, merekod dan sebagai.

WAKTU PERKHIDMATAN
Pusat Sumber Sekolah sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan yang diperlukan terutama pada waktu-waktu yang telah ditetapkan sama ada melalui tempahan, jadual penggunaan yang diatur dan sebagainya.
PERKHIDMATAN PSS SK BANDAR PUSAT

1.  Perpustakaan Tun Sri Lanang
  • Membaca dan membuat rujukan koleksi buku dan bahan bacaan lain
  • Peminjaman menerusi kaunter pinjaman 
  • Ruang dan sudut bacaan guru murid
  • Laluan bestari dengan pameran bertema
  • Sudut Rakan pembaca
  • Perpustakaan Digital
 2.  Bilik Operasi Nilam
  • Proses teknik pengagihan program pukal Projek NILAM setiap kelas
  • Info NILAM
  • Koleksi bahan bacaan Program NILAM
  • Pemeran bertema
3.   Bilik SAL
  • Koleksi rujukan mengikut tahap dan mata pelajaran
  • Koleksi alat permainan dalam (indoor games)
  • Koleksi Kad SAL
  • Karel (sudut bacaan individu) dengan kemudahan audio
  • Pameran bertema
  • Ruangan aktiviti
4.   Bilik Bahan Bantu Mengajar
  • Koleksi carta, jadual, dan pelbagai bahan bantu
  • Pinjaman BBM/BBB
  • Koleksi peralatan membina bahan bantu seperti mesin leminate, polesterina cutter, kad
  • Ruangan penghasilan bahan
5.   Bilik Tayangan AV
  • TV
  • LCD Projektor
  • Koleksi Eduwebtv.com dalam bentuk CD
  • Alat Muzik
  • PA System
  • Ruangan Tayangan
  • Pameran bertema
6.   Pusat Akses Sekolah
  • Akses internet rangkaian schoolnet (10 buah komputer)
  • Koleksi CDRI
  • Pameran Bertema
  • Internet tanpa wayar
  • 2 buah pondok wifi
7.   Makmal ICT (Makmal Komputer & MBMMBI)
  • Akses internet 1Bestarinet (20 buah komputer)
  • Koleksi CDRI
  • Pameran bertema
  • Internet tanpa wayar
8.   Bilik Stor Sukan, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  • Koleksi bahan bantu mengajar dan aktiviti sukan/kokurikulum
  • Peralatan kokurikulum
  • Pameran bertema 
9.   Bilik Makmal Sains
  • Bahan bantu mengajar mata pelajaran Sains
  • Pameran bertema
  • Ruang pembelajaran dan kaijian Sains
10. Bilik Makmal Kemahiran Hidup
  • Bahan bantu dan peralatan mengajar Kemahiran Hidup
  • Ruang Bengkel
  • Pameran bertema
11. Kedai Buku Sekolah
  • Jualan alat tulis dan buku
  • Perkhidmatan Fotostat
12.  Bilik Radio Sekolah
  • Perkhidmatan Radio sekolah setiap pagi dan waktu rehat
  • Peralatan siar raya
  • Koleksi CD dan pita kaset
13.  Bilik Pemulihan
  • Koleksi bahan bantu mengajar pemulihan
  • Ruangan pembelajaran
  • Sudut pameran bertema
14.  Bilik Statistik dan Dokumentasi
  • Fail untuk kajian dan rujukan
  • Koleksi kecemerlangan sekolah
  • Pameran bertema
15.  Galeri
  • Koleksi Kecemerlangan dan pencapaian sekolah
  • Koleksi bahan arkeb sumbangan guru murid
  • Koleksi karya murid dan guru
  • Pameran bertema
16.  Bilik Rawatan
  • Kemudahan rawatan kecemasan
  • Kemudahan bilik untuk operasi Jabatan Kesihatan
  • Pameran Bertema
17.  Bilik Kelas
  • Ruang dan peralatan lengkap P&P
  • Sebilangan kelas dilengkapi peralatan elektronik dan komputer
  • Sudut PSS dan NILAM
  • Pameran bertema dan kenyataan kelas
18. Kelas Pendidikan Khas
  • Memiliki peralatan dan bahan bantu mengajar
  • Kemudahan dapur, ruang rawatan dan tandas
  • Sudut Kenyataan dan pameran bertema
  • 5 buah kelas
  • Taman refleksologi
  • Pondok Bacaan
19.  Laluan PPDa
  • Info semasa PPDa
  • Sudut santai PPDa
  • Pameran bertema
20.  Bilik Kaunseling
  • Sistem fail
  • Info kaunseling
  • Koleksi bahan bacaan
  • Pameran bertema
21.  Bilik Pendidikan Seni Visual
  • Peralatan dan bahan P&P Seni Visual
  • Pameran koleksi karya murid
  • Pameran bertema
22.  Taman & Laman Ilmu
  • Koleksi bahan bacaan dan Program NILAM
  • Info dan pameran bertema
  • PA system
23.  Kantin Sekolah
  • Sudut Info Sihat
  • Pameran Bertema
  • Taman Herba
24.  Prasekolah
  • Peralatan Audio Visual
  • Ruangan P&P
  • Bahan Bantu Mengajar
  • Pondok bacaan
  • Pameran bertema
25.  Bumi Hijau
  • Taman sayur dan pokok buah-buahan
  • Info pertanian
  • Tapak semaian bunga
  • Peralatan perkebunan
26.  Sudut Sekolah Selamat
  • Pengedaran peralatan keselamatan dan kecemasan
  • Pameran bertema
27.  Sudut Duduk Membaca
  • Koleksi bahan bacaan ringan
  • Pameran bertema
28.  Bilik Operasi SPBT
  • Proses teknik SPBT
  • Setor SPBT
29.  Unit Rakaman dan Siar raya
  • Merakam semua aktiviti sekolah dan pembabitan sekolah
  • Menerima dan melaksanakan aktiviti Siar Raya PKG, Kelompok, Daerah dan Negeri (jika dipanggil)
30. Unit PSS dan Komuniti
  • Mengintegrasikan aktiviti yang bersesuaian dengan komuniti seperti      
    • PSS dan PJK ( Projek Jalur Lebar Komuniti),
    • Pepustakaan Keluarga
    • Wakaf Buku (Projek mengumpul buku untuk Program NILAM)
 31.  Unit PSS Pendidikan Khas
  • Menyediakan kemudahan kepada Pelajar Pendidikan Khas untuk terlibat secara aktif dengan PSS.
  • Pameran Bertema 

No comments:

Post a Comment