Thursday 9 May 2013

PROGRAM SAHABAT BUKU

Unit Perpustakaan telah menganjurkan Program Sahabat Buku semenjak awal Februari 2013.

Program ini bermatlamat untuk melihat budaya bersama dan bersahabat dengan buku dipamerkan oleh setiap murid di SK Bandar Pusat.

Sejak dilancarkan hampir semua murid Tahap 2 sekolah ini telah terlibat iaitu hampir 350 orang murid yang telah menerima 'Penanda Buku'. Sehingga hari ini (Khamis - 9 Mei 2012) terdapat 63 orang murid telah menyerahkan 'Penanda Buku' yang telah lengkap dengan 20 stiker Sahabat Buku.

Satu program penganugerahan Sahabat Buku akan diadakan kemudian bagi menggalakkan dan menghargai semua murid agar sentiasa membawa buku ketika berada di dalam kawasan sekolah terutama pada waktu rehat.

Kesan daripada program ini, kebanyakan murid akan bersama buku ketika rehat. Perlu diingat bahawa pemberian stiker Sahabat Buku untuk dilekatkan pada Penanda Buku tidak mensyaratkan murid perlu membaca atau membawa bersama Rekod Bacaan NILAM tetapi hanya sekadar membawa buku dan membeleknya sesekali sambil diperhatikan oleh guru tertentu seterusnya diberi stiker Sahabat Buku.

Dengan ini, budaya bersama buku akan tertanam dengan sendiri dan boleh dilihat sekarang walaupun ada ketikanya murid tidak diberi stiker Sahabat Buku. Lebih menarik apabila stiker yang dibekalkan berbagai warna bagi menarik minat murid.

Alhamdulillah, program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan masih berterusan.

TERIMA KASIH SCHOLATIC

Berikutan penyertaan PSS SK Bandar Pusat dalam program READ 2012, kami berterima kasih kerana Scholatic telah menyumbangkan 50 buah buku berbahasa Inggeris.

Pada tahun ini, PSS SK Bandar Pusat tidak akan melepaskan peluang untuk melibatkan diri dengan lebih aktif.

Dalam pada itu, SK Bandar Pusat akan melancarkan Program 1 Murid 1 Buku yang bermatlamat mengumpul sebanyak mungkin buku dan bahan bacaan daripada sumbangan murid yang sudi menyumbang untuk menambah koleksi bahan bacaan di Perpustakaan dan Taman NILAM.

PSS SK Bandar Pusat turut mengalu-alukan individu mahupun syarikat/pertubuhan yang sudi menyumbang buku yang bersesuaian sebagai bahan bacaan murid-murid sekolah rendah dan boleh hubungan pihak pentadbiran sekolah atau terus kepada Guru Perpustakaan dan Media.

Terima kasih.

BILIK AUDIO VISUAL

JK Audio Visual (Bilik Tayangan) sedang melaksanakan beberapa perubahan dengan menempatkan semua peralatan audio visual di Bilik Tayangan yang baru sebelah bilik j-QAF SK Bandar Pusat.

Perubahan ini dibuat berikutan pengasingan bahan media cetak dan media elektronik. Media cetak yang terdiri daripada buku ditempatkan di Perpustakaan, Self Access Learning Centre (SALC) dan Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah (BOSS), manakala bahan bantu seperti carta-carta, kad dan sebagainya ditempatkan di Bilik Bahan Bantu.

Bagi bahan media elektonik, seperti televisyen, radio, LCD projektor, OHP, filem, slide, video, dvd dan sebagainya ditempatkan sebaris dengan Pusat Akses Sekolah (PuAS) dan Makmal ICT/Makmal Bahasa.

Adalah menjadi harapan agar perubahan ini akan meningkatkan penggunaan bahan seoptimum mungkin dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang akan mencorak kejayaan di SK Bandar Pusat.

GPM 2013