Monday, 7 October 2013

SISTEM ANALISIS KOMPETENSI

Semua guru dan kakitangan pentadbiran 
SK Bandar Pusat dikehendaki menyelesaikan
ujian kompetensi melalui link berikut :
seperti jadual yang disediakan

Unit Rekod dan Dokumentasi Online
Pusat Sumber Sekolah
SK Bandar Pusat


Thursday, 26 September 2013

PANEL PENILAI KECEMELANGAN KOKURIKULUM KEBANGSAAN

Selamat datang dan terima kasih kepada Panel Penilai Kecemerlangan Kokurikulum Kebangsaan 2013




















disediakan oleh Unit Rakaman dan Dokumentasi
Pusat Sumber Sekolah SK Bandar Pusat
25 September 2013

Sunday, 22 September 2013

KUNJUNGAN PENILAI ANUGERAH BINTANG PERPUSPA

Pada 18 September 2013, Pegawai Penilai dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang telah memantau PSS SK Bandar Pusat. Persediaan yang dibuat berdasarkan Perancangan 5 Tahun PSS SKBP 2009 - 2013 telah menarik perhatian panel penilai. Berikut adalah antara koleksi gambar sepanjang penilaian tersebut:




























Saturday, 21 September 2013

READ 2013


Sama-sama kita jayakan program ini pada 2013 ini
Kem Membaca 1Malaysia READ2013

SK Bandar Pusat telah mendaftar.

GPM 2013

Wednesday, 11 September 2013

SELAMAT DATANG PANEL PENILAI ANUGERAH PERPUSPA

Pusat Sumber Sekolah, SK Bandar Pusat, mengalu-alukan kehadiran Panel Penilai Anugerah Perpuspa 2013 ke sekolah kami.

Maklumat terkini yang diperolehi, penilaian akan dijalankan pada 25 September ini. Sehubungan itu, PSS SKBP telah mengemaskini segala elemen penilaian yang diperlukan berdasarkan instrumen yang dibekalkan.

Adalah menjadi harapan kami agar 2013 membuahkan sesuatu sebagai mana pada tahun 2012 Penilaian Perpuspa telah meletakan Pusat Akses Sekolah SK Bandar Pusat sebagai Pusat Akses Sekolah Terbaik Pahang Kategori Sekolah Rendah 2012. Rujuk Perancangan 5 Tahun PSS SKBP berakhir pada 2013 ini.

Selamat Datang Panel Penilai Anugerah Perpuspa 2013.

GPM SKBP 2013

Friday, 23 August 2013

UJIAN ONLINE PERMATA PINTAR

Pusat Sumber Sekolah SK Bandar Pusat mengalu-alukan kedatangan calon-calon Ujian Permata Pintar 2013 yang berlangsung di Makmal Komputer SK Bandar Pusat pada hari ini Jumaat 23 Ogos 2013.

Saban tahun Makmal Komputer di bawah kendalian Unit Teknologi Maklumat Pusat Sumber Sekolah SK Bandar Pusat diamanahkan menyediakan kelengkapan sesuai untuk ujian online Pemata Pintar. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar yang disertai oleh calon-calon dari sekolah-sekolah berdekatan dalam Kelompok Jengka.

Pusat Sumber Sekolah SK Bandar Pusat mendoakan semua calon beroleh kejayaan masing-masing.

GPM 2013

Tuesday, 20 August 2013

ANUGERAH PERPUSPA 2013

Anugerah Bintang PERPUSPA 2013 yang dianjurkan oleh BTP Pahang sekali lagi disertai SK Bandar Pusat. Anugerah yang melibatkan semua pusat sumber sekolah dalam negeri Pahang merupakan anugerah yang menjadi kayu pengukur BTP Pahang dalam mengetengahkan dan melahirkan PSS Cemerlang Pahang seterusnya merealisasikan visi dan misi yang telah dirangka.

Pada tahun 2012, PSS SK Bandar Pusat merupakan Johan Pusat Akses Sekolah Kategori SK Bandar dalam Majlis Anugerah Bintang PERPUSPA 2012. Pada tahun ini, PSS SK Bandar Pusat dicalonkan untuk penilaian Anegerah Bintang PERPUSPA 2013.

Sehubungan itu, JK Induk, JK Kerja dan JK Pengawas PSS telah bersedia untuk dinilai dan dipantau di samping terus melengkapkan dan mengemas kini beberapa perkara yang menjadi penilaian panel penilai.

GPM 2013