Thursday, 14 January 2016

TIRAI 2016

4 JANUARI 2016 - Hari pertama persekolahan, hari pertama Perpustakaan Tun Sri Lanang , SK Bandar Pusat dibuka kepada murid-murid.
Hari ini juga sejarah dicatat. seramai 3 orang murid tahun satu mengunjungi perpustakaan sekolah.
Mereka diberi token eksklusif daripada pihak pengurusan PSS sebagai lima pengunjung pertama tahap 1.

Penerima tahap 1 lain ialah daripada pelajar tahun 3 UM.
Turut menerima token eksklusif ialah murid tahap 2.
Tahniah dan syabas kepada para penerima.


Sunday, 6 September 2015

LAWATAN PKPI SKBP KE PERPUSTAKAAN AWAM JENGKA

24 OGOS 2015, Pendidikan Khas SK Bandar Pusat telah mengadakan lawatan luar ke Perpustakaan Awam Jengka.

Semua murid, guru dan PPM PKPI SKBP turut serta dengan menjayakan beberapa aktiviti seterusnya turut menjayakan sambutan bulan kemerdekaan.




Ikuti foto aktiviti di galeri

Monday, 24 August 2015

AKSES FROG VLE DI PJK

PKG Bandar Pusat dengan kerjasama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Rantau Perintis telah melaksanakan satu ikatan persefahaman untuk membolehkan pengunjung PJK tersebut mengakses VLE.

Monday, 25 May 2015

NILAM DAERAH MARAN

14 Mei 2015 - SK Bandar Pusat tidak lepas peluang untuk menyertai Pemilihan Tokoh NILAM daerah Maran. Seperti Tahun lepas, SKBP telah menyertai kedua-dua kategori iaitu, Tokoh NILAM Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan Tohok NILAM Bahasa Inggeris Sekolah Rendah yang berlangsung di PKG Bandar Pusat.





PSS mengucapkan tahniah kepada peserta yang menyertai walaupun tidak terpilih sebagai Tokoh NILAM Daerah Maran.

KHIDMAT BANTU PSS DI SMK JENGKA 21

25 - 26 Mei 2015 - Program khidmat bantu yang melibatkan semua GPM Zon Jengka di bawah pentadbiran PKG Bandar Pusat telah melaksanakan aktiviti Khidmat Bantu PSS di SMK Jengka 21.

Berbagai aktiviti telah dijalankan yang berakhir pada 26 Mei.