Wednesday, 25 June 2014

PEMILIHAN TOKOH NILAM DITUNDA

Tokoh NILAM SKBP yang telah dipilih menyatakan penerimaan mereka berikutan pindaan tarikh tersebut sebagai satu peluang mendapatkan maklumat dan lebih bersedia semasa pemilihan sebenar kelak.

Friday, 20 June 2014

ANUGERAH NILAM & PEMILIHAN TOKOH NILAM 2014

21 Jun 2014, satu aktiviti melibatkan Unit Program NILAM, PSS SK Bandar Pusat akan diadakan pada pukul 11.10 pagi di Foyer Tun Abdul Razak.

Sejumlah 90 orang murid akan menerima anugerah NILAM merangkumi Anugerah Nilam (4), Anugerah Emas (13), Anugerah Perak (16) dan Anugerah Gangsa (67). Seterusnya pengumuman Tokoh NILAM Sekolah dan calon Tokoh NILAM yang akan menyertai sekolah ke peringkat daerah Maran yang akan berlangsung pada 25 Jun 2014 di PKG Bandar Pusat.

Adalah menjadi harapan, Tokoh NILAM sekolah bakal menampilkan kecemerlangan dan berjaya mewakili daerah.


Saturday, 31 May 2014

HARI BAPA

Sama ada panggilan yang dibuat oleh anak-anak buat mereka sebagai AYAH, BAPA, ABAH, APAK, PAPA, DAD dan sebagainya meraka adalah bapa kepada kita.

Jika pada setiap hari Ahad minggu kedua bulan Mei disambut Hari Ibu, maka pada hari Ahad minggu kedua bulan Jun pula disambut Hari Bapa.

Ada pihak yang melarang kita menyambut hari-hari sebegini kerana dikatakan menyamai sambutan golongan bukan Islam. Sebagai informasi kepada semua pembaca, pada tahun ini sambutan Hari Bapa jatuh pada 15 Jun 2014, iaitu hari terakhir cuti persekolahan.

SELAMAT HARI BAPA

Tuesday, 27 May 2014

PERPUSTAKAAN DIBUKA SEPANJANG CUTI PERSEKOLAHAN

Sebagaimana cuti sekolah sebelum ini, Perpustakaan, Pusat Sumber Sekolah akan beroperasi sepanjang cuti sekolah ini bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Bermula 28 Mei 2014 hingga 13 Jun 2014, kecuali Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.

Harap maklum.

Thursday, 15 May 2014

TERIMA KASIH SCHOLASTIC


Hari ini, Pusat Sumber Sekolah, SK Bandar Pusat menerima 50 buah buku daripada Scholastic Malaysia berserta dengan 680 sijil penyertaan READ 2013.

Terima kasih daripada segenap warga SK Bandar Pusat.

Link URL : http://scholastic.com.my/en

Friday, 9 May 2014

SAMBUTAN HARI IBU 2014

11 Mei 2014, Sambutan Hari Ibu, sehubungan itu JK Kantin dan JK 3K telah mempamerkan peralatan yang kerap digunakan oleh kaum ibu di dapur pada masa dahulu.







Pameran Bertema yang bertemakan Hari Ibu ini merupakan antara aktiviti di sekolah ini yang menjadi sumber pengetahuan dan pembelajaran kepada warga SK Bandar Pusat dan juga pengunjung selain menambah keceriaan kantin sekolah. 

Kita tunggu pameran-pemeran bertema lagi, dan yang terdekat ialah Sambutan Hari Guru 16 Mei 2014, tentu ada kejutan buat warga SK Bandar Pusat.

PSS SK Bandar Pusat mengucapkan Selamat Hari Ibu terutama buat cikgu-cikgu perempuan, warga kerja SK Bandar Pusat dan semua ibu-ibu yang membaca blog ini. SELAMAT HARI IBU.