Thursday, 23 April 2015

HARI BUKU, JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT

23 APRIL 2015 - Sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2015, Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit telah berlangsung dengan jayanya di SK Bandar Pusat pada hari ini tepat jam 10.00 pagi hingga 10.10 pagi. Semua warga sekolah telah terlibat termasuk kakitangan Pusat Kegiatan Guru Bandar Pusat dan Kantin SK Bandar Pusat.




Program ini dilangsungkan di Foyer Tun Abdul Razak yang melibatkan murid Tahun 4 dan 5, manakala murid-murid lain meneruskan aktiviti PdP dan berhenti seketika untuk melaksanakan program ini pada pukul 10.00 pagi.




Program Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia bertujuan memartabatkan kedudukan buku sebagai sumber pengetahuan utama. Walaupun teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berkembang pesat tetapi buku sebagai wadah untuk membina peradaban dunia tetap kekal dan tidak berubah.

Sesungguhnya, Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia adalah resolusi daripada persidangan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 15 Nov 1995 yang mengisytiharkan 23 April sebagai Hari Buku.


Monday, 20 April 2015

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

PSS SK Bandar Pusat bersama-sama dengan segenap lapisan masyarakat Malaysia turut serta melaksanakan Program Kem Membaca 1 Malaysia yang akan berlangsung pada 21 hingga 23 April 2015.


Antara aktiviti yang dirancang untuk menjayakan program berkenaan adalah seperti :

1. Jejak Maklumat (Tahap 2) : 21 – 23 April 2015
Dapatkan borang aktiviti di perpustakaan

2. Jom Baca Bersama 10 Minit (Semua Murid) : 23 April 2015
Sila berkumpul di Foyer Tun Abdul Razak pada pukul 9.50 pagi

3. Pertandingan Teka Silang Kata (Tahap 2) : 21 – 23 April 2015
Dapatkan Kad Teka Silang kata daripada Hj. Mohamad Khizar

4. Poem Writing Competition (Tahun 4 & 5) : 22 April 2015
Dapatkan borang pertandingan daripada Puan Khadijah

5. Spelling Aa Bee C (Prasekolah) : 22 April 2015
Aktiviti dijalankan oleh Puan Tuan Azizan di prasekolah

6. Mewarna Abjad dan Nombor (Tahun 1 & Pendidikan Khas): 22 April 2015
Aktiviti dijalankan oleh Puan Nurul Azlin dan Encik Nizam

7. Pelancaran Program Sahabat Buku (Semua Murid) : 23 April 2015
Dilancarkan selepas Program Jom Membaca 10 Minit di Foyer TAR

8. Pertandingan Menulis Sajak dan Syair (Tahap 2) : 21 – 23 April 2015
Hantar kepada Hj. Mohamad Khizar pada 23 April 2015

9. Wakaf Buku (Warga SK Bandar Pusat) : 21 – 23 April 2015
Kumpul buku ke dalam kotak yang disediakan di Bilik Guru

10. Pertandingan Reka Bentuk Penanda Buku (Tahap 2) : 23 April 2015
Hantar kepada Cik Farrah Wahida pada 23 April 2015

11. Pertandingan Poster Bertajuk “Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia” (Tahap 2) : 21 – 23 April 2015
Hantar kepada Encik Ahmad Tasfi pada 23 April 2013

Sunday, 19 April 2015

JOM MEMBACA

Program Anjuran Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan/Badan Berkanun, Perpustakaan-Perpustakaan Awam Negeri, Syarikat Awam dan Swasta dan individu yang berminat kini kembali lagi seperti ketetapan berikut :










Tuesday, 24 March 2015

PELANCARAN NILAM DAN KURSUS PENGAWAS PSS

24 MAC 2015 - PSS SK Bandar Pusat telah menerima tetamu dari 20 buah sekolah dalam program Pelancaran NILAM Peringkat Kelompok Jengka dan Kursus Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber Sekolah.

Program ini melibatkan semua GPM dari 17 sekolah di bawah PKG Bandar Pusat dan 3 sekolah jemputanTurut serta ialah pegawai Teknologi Pendidikan daripada PKG Mentakab yang sama-sama menjayakan program ini.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Maran selepas mengikuti Resensi Buku oleh pelajar NILAM SK Bandar Pusat dan SMK Jengka Pusat.


Selepas program berkenaan, semua pengawas mengikuti Kursus Kepimpinan Pengawas PSS di Perpustakaan Tun Seri Lanang SK Bandar Pusat untuk SK dan PKG Bandar Pusat untuk SM.

Sila ikuti foto aktiviti dengan klik link GALERI

Wednesday, 11 March 2015

MESYUARAT PENGURUSAN PELANCARAN NILAM GPM ZON JENGKA

11 MAC 2015 - Bertempat di PKG Bandar Pusat, semua GPM Zon Jengka telah memutuskan menerusi mesyuarat Pengurusan Pelancaran NILAM Zon Jengka untuk melaksanakan program tersebut seperti ketatapan berikut :

Tarikh : 24 Mac 2015 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Foyer Tun Abdul Razak SK Bandar Pusat
Sasaran : 20 GPM , 80 Pengawas Pusat Sumber

Agenda yang dirancang antaranya; Pelancaran Program NILAM Peringkat Zon Jengka dan Kursus Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber Sekolah.




Encik Asral yang juga Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bandar Pusat akan menjalankan Kursus Kepimpinan kepada Pengawas PSS SM manakala Encik Zahid dari SK Bandar Pusat akan melaksanakan kursus tersebut kepada Pengawas PSS SK.