Julai merupakan Bulan Membaca, oleh itu, PSS SK Bandar Pusat tidak mahu ketinggalan menyertai program diadakan dengan mengadakan BULAN PSS bermula 8 Julai hingga sebelum cuti persekolahan Ogos 2013 ini.
Program pertama yang akan berterusan ialah MENCARI ULAT BUKU PSS 2013. Pelaksanaan program ini akan dilakukan melalui mengenalpasti murid yang tekun membaca dalam kawasan sekolah pada waktu senggang/ rehat yang ditemui oleh guru-guru tertentu. Murid berkenaan akan diberi stiker untuk dilengkapkan maklumat ringkas murid seperti nama dan kelas dan dilekatkan ke atas badan ulat (abdomen) yang disusun mengikut hari , seterusnya dipamerkan dan pemilihan raja ulat, ratu ulat, ibu ulat, bapa ulat, anak-anak ulat buku akan dipilih pada penghujung Program Bulan PSS 2013.
Diharapkan program ini akan membuatkan murid akan lebih gemar membaca dan dapat menggunakan masa terluang selain membaca juga untuk melengkapkan rekod NILAM dan sudah pasti menggunakan kesempatan Bulan Ramadan dengan membaca kerana murid pasti tidak akan ke kantin sebaliknya akan ke perpustakaan, pondok NILAM, taman NILAM dan Laman-laman NILAM sekitar SK Bandar Pusat.
PKG BANDAR PUSAT
- UTAMA
- ORGANISASI
- PENGAWAS
- PERPUSTAKAAN
- VIDEO
- NILAM
- DDC
- PuAS
- SKBP
- PERPUSTAKAAN DIGITAL
- TAMAN NILAM
- DOKUMENTASI
- VISI & MISI
- PERKHIDMATAN
- PERATURAN
- AKTIVITI
- PSS KAMI
- GPM
- KOLEKSI
- TUGAS
- PIAGAM PELANGGAN
- MATLAMAT PSS
- OBJEKTIF
- FUNGSI PSS
- 5 TAHUN
- PSS ABAD 21
- SSQS
- EDUWEBTV
- eGURU
- iNILAM
- iQ-PSS
- PERPUSTAKAAN NEGARA
- eLib PNM
- BTPN PAHANG
- JADUAL PSS
- GALERI
- KSSR ONLINE
- SISTEM GURU ONLINE
- 1BESTARINET
- TEMPAH BILIK PSS
- PENGURUSAN SUMBER PENDIDIKAN
- FAIL KUASA
- FAIL MEJA
- INSTRUMAN PENILAI
- WAKAF BUKU
- BLOG PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG
- PANDUAN GPM
- ABAD 21
- PKG BDR PUSAT
Tuesday, 2 July 2013
CALON NILAM SKBP KE PEMILIHAN DAERAH
Hari ini, 2 Julai 2013, PSS SK Bandar Pusat menghantar 2 calon NILAM ke Pemilihan Calon NILAM Peringkat Daerah Maran yang berlangsung di PKG Bandar Pusat Jengka.
Mereka terdiri daripada Nur Ain Faiqah dan Nurul Ain Nadhirah.
Monday, 24 June 2013
JULAI BULAN MEMBACA
PSS SK Bandar Pusat akan melancarkan Bulan Membaca peringkat sekolah sepanjang bulan Julai 2013 ini. Jangan lepaskan peluang menyertai aktiviti yang dijalankan.
LITERASI MAKLUMAT
MODEL LITERASI MAKLUMAT
HASIL PERKONGSIAN
PROGRAM PENGURUSAN PSS GPM MARAN
24 JUN 2013
DEWAN SEMINAR PPD MARAN
Tuesday, 4 June 2013
TERBITAN UNIT RAKAMAN DAN DOKUMENTASI 2013
Unit Rakaman dan Dokumentasi, Pusat Sumber Sekolah, SK Bandar Pusat telah menerbitkan bahan papan pamer untuk semua warga SKBP dan pelawat yang mengandungi laporan bergambar aktiviti sekolah yang telah dirakam oleh unit ini sebagaimana tugasan yang diberi dalam Jawatankuasa Kerja setiap aktiviti berkenaan.
Sebenarnya SK Bandar Pusat sentiasa melaksanakan aktiviti yang berperanan besar dalam meningkatkan penguasaan dan pencapaian warga sekolah ini. Namun, aktiviti-aktiviti ini telah dipilih untuk paparan Papan Pamer Pusat Sumber Sekolah di bawah kendalian Unit Rakaman dan Dokumentasi.

Thursday, 9 May 2013
PROGRAM SAHABAT BUKU
Unit Perpustakaan telah menganjurkan Program Sahabat Buku semenjak awal Februari 2013.
Program ini bermatlamat untuk melihat budaya bersama dan bersahabat dengan buku dipamerkan oleh setiap murid di SK Bandar Pusat.
Sejak dilancarkan hampir semua murid Tahap 2 sekolah ini telah terlibat iaitu hampir 350 orang murid yang telah menerima 'Penanda Buku'. Sehingga hari ini (Khamis - 9 Mei 2012) terdapat 63 orang murid telah menyerahkan 'Penanda Buku' yang telah lengkap dengan 20 stiker Sahabat Buku.
Satu program penganugerahan Sahabat Buku akan diadakan kemudian bagi menggalakkan dan menghargai semua murid agar sentiasa membawa buku ketika berada di dalam kawasan sekolah terutama pada waktu rehat.
Kesan daripada program ini, kebanyakan murid akan bersama buku ketika rehat. Perlu diingat bahawa pemberian stiker Sahabat Buku untuk dilekatkan pada Penanda Buku tidak mensyaratkan murid perlu membaca atau membawa bersama Rekod Bacaan NILAM tetapi hanya sekadar membawa buku dan membeleknya sesekali sambil diperhatikan oleh guru tertentu seterusnya diberi stiker Sahabat Buku.
Dengan ini, budaya bersama buku akan tertanam dengan sendiri dan boleh dilihat sekarang walaupun ada ketikanya murid tidak diberi stiker Sahabat Buku. Lebih menarik apabila stiker yang dibekalkan berbagai warna bagi menarik minat murid.
Alhamdulillah, program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan masih berterusan.

TERIMA KASIH SCHOLATIC
Berikutan penyertaan PSS SK Bandar Pusat dalam program READ 2012, kami berterima kasih kerana Scholatic telah menyumbangkan 50 buah buku berbahasa Inggeris.
Pada tahun ini, PSS SK Bandar Pusat tidak akan melepaskan peluang untuk melibatkan diri dengan lebih aktif.
Dalam pada itu, SK Bandar Pusat akan melancarkan Program 1 Murid 1 Buku yang bermatlamat mengumpul sebanyak mungkin buku dan bahan bacaan daripada sumbangan murid yang sudi menyumbang untuk menambah koleksi bahan bacaan di Perpustakaan dan Taman NILAM.
PSS SK Bandar Pusat turut mengalu-alukan individu mahupun syarikat/pertubuhan yang sudi menyumbang buku yang bersesuaian sebagai bahan bacaan murid-murid sekolah rendah dan boleh hubungan pihak pentadbiran sekolah atau terus kepada Guru Perpustakaan dan Media.
Terima kasih.

Subscribe to:
Posts (Atom)