Wednesday, 11 September 2013

SELAMAT DATANG PANEL PENILAI ANUGERAH PERPUSPA

Pusat Sumber Sekolah, SK Bandar Pusat, mengalu-alukan kehadiran Panel Penilai Anugerah Perpuspa 2013 ke sekolah kami.

Maklumat terkini yang diperolehi, penilaian akan dijalankan pada 25 September ini. Sehubungan itu, PSS SKBP telah mengemaskini segala elemen penilaian yang diperlukan berdasarkan instrumen yang dibekalkan.

Adalah menjadi harapan kami agar 2013 membuahkan sesuatu sebagai mana pada tahun 2012 Penilaian Perpuspa telah meletakan Pusat Akses Sekolah SK Bandar Pusat sebagai Pusat Akses Sekolah Terbaik Pahang Kategori Sekolah Rendah 2012. Rujuk Perancangan 5 Tahun PSS SKBP berakhir pada 2013 ini.

Selamat Datang Panel Penilai Anugerah Perpuspa 2013.

GPM SKBP 2013

Friday, 23 August 2013

UJIAN ONLINE PERMATA PINTAR

Pusat Sumber Sekolah SK Bandar Pusat mengalu-alukan kedatangan calon-calon Ujian Permata Pintar 2013 yang berlangsung di Makmal Komputer SK Bandar Pusat pada hari ini Jumaat 23 Ogos 2013.

Saban tahun Makmal Komputer di bawah kendalian Unit Teknologi Maklumat Pusat Sumber Sekolah SK Bandar Pusat diamanahkan menyediakan kelengkapan sesuai untuk ujian online Pemata Pintar. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar yang disertai oleh calon-calon dari sekolah-sekolah berdekatan dalam Kelompok Jengka.

Pusat Sumber Sekolah SK Bandar Pusat mendoakan semua calon beroleh kejayaan masing-masing.

GPM 2013

Tuesday, 20 August 2013

ANUGERAH PERPUSPA 2013

Anugerah Bintang PERPUSPA 2013 yang dianjurkan oleh BTP Pahang sekali lagi disertai SK Bandar Pusat. Anugerah yang melibatkan semua pusat sumber sekolah dalam negeri Pahang merupakan anugerah yang menjadi kayu pengukur BTP Pahang dalam mengetengahkan dan melahirkan PSS Cemerlang Pahang seterusnya merealisasikan visi dan misi yang telah dirangka.

Pada tahun 2012, PSS SK Bandar Pusat merupakan Johan Pusat Akses Sekolah Kategori SK Bandar dalam Majlis Anugerah Bintang PERPUSPA 2012. Pada tahun ini, PSS SK Bandar Pusat dicalonkan untuk penilaian Anegerah Bintang PERPUSPA 2013.

Sehubungan itu, JK Induk, JK Kerja dan JK Pengawas PSS telah bersedia untuk dinilai dan dipantau di samping terus melengkapkan dan mengemas kini beberapa perkara yang menjadi penilaian panel penilai.

GPM 2013

Wednesday, 31 July 2013

ALUNAN QASIDAH DI BULAN RAMADAN

Alunan Qasidah 
oleh murid-murid SK Bandar Pusat 
dalam Program Minggu j-QAF pada 19 Julai 2013

Tuesday, 2 July 2013

ULAT BUKU BULAN PSS

Julai merupakan Bulan Membaca, oleh itu, PSS SK Bandar Pusat tidak mahu ketinggalan menyertai program diadakan dengan mengadakan BULAN PSS bermula 8 Julai hingga sebelum cuti persekolahan Ogos 2013 ini.

Program pertama yang akan berterusan ialah MENCARI ULAT BUKU PSS 2013. Pelaksanaan program ini akan dilakukan melalui mengenalpasti murid yang tekun membaca dalam kawasan sekolah pada waktu senggang/ rehat yang ditemui oleh guru-guru tertentu. Murid berkenaan akan diberi stiker untuk dilengkapkan  maklumat ringkas murid seperti nama dan kelas dan dilekatkan ke atas badan ulat (abdomen) yang disusun mengikut hari , seterusnya dipamerkan dan pemilihan raja ulat, ratu ulat, ibu ulat, bapa ulat, anak-anak ulat buku akan dipilih pada penghujung Program Bulan PSS 2013.

Diharapkan program ini akan membuatkan murid akan lebih gemar membaca dan dapat menggunakan masa terluang selain membaca juga untuk melengkapkan rekod NILAM dan sudah pasti menggunakan kesempatan Bulan Ramadan dengan membaca kerana murid pasti tidak akan ke kantin sebaliknya akan ke perpustakaan, pondok NILAM, taman NILAM dan Laman-laman NILAM sekitar SK Bandar Pusat.

CALON NILAM SKBP KE PEMILIHAN DAERAH


Hari ini, 2 Julai 2013, PSS SK Bandar Pusat menghantar 2 calon NILAM ke Pemilihan Calon NILAM Peringkat Daerah Maran yang berlangsung di PKG Bandar Pusat Jengka.

Mereka terdiri daripada Nur Ain Faiqah dan Nurul Ain Nadhirah.





Monday, 24 June 2013

JULAI BULAN MEMBACA



PSS SK Bandar Pusat akan melancarkan Bulan Membaca peringkat sekolah sepanjang bulan Julai 2013 ini. Jangan lepaskan peluang menyertai aktiviti yang dijalankan.