Monday, 19 January 2015

MESYUARAT PERTAMA PENGAWAS PSS 2015

19 Januari 2015, Isnin - Satu mesyuarat ringkas telah diadakan di Perpustakaan Tun Seri Lanang SKBP pada pukul 11.00 pagi.

Mesyuarat itu telah memutuskan beberapa perkara untuk tindakan segera seperti :

  • Pelantikan JK Pengawas PSS 2015
    • Ketua : Iqma Nabila Kamaludin
    • Penolong Ketua : Muhammad Badrul Ikhwan Mohamad Badli
    • Setiausaha : Nurul Ain Syafiqah Hashim
    • Bendahari : Khaliesah Hanafiah
  • Kursus Kepimpinan Pelajar yang akan diadakan pada 30 Januari ini
  • Kursus Pengurusan Pustakawan 31 Januari
  • Tokoh Pengawas dan Tokoh pembaca bulanan
  • Jadual Bertugas Pengawas PSS dan Briged Bestari
  • Aktiviti Pengawas PSS 2015
Disediakan oleh GPM SKBP 2015

Thursday, 15 January 2015

SELAMAT DATANG KE PSS

PSS SK Bandar Pusat kembali beroperasi sepenuhnya. Selamat datang ke :

  1. Perpustakaan Tun Seri Lanang
  2. Makmal ICT/MBMMBI
  3. Pusat Akses Sekolah 
  4. Taman NILAM/Laman NILAM
  5. Bilik Pembelajaran Kendiri (SAL)
  6. Bilik APD/Muzik
  7. Galeri SKBP
  8. Taman-Taman SLAAS
  9. Bilik-Bilik Khas SKBP
Pada tahun ini, Program NILAM mensasarkan setiap murid SKBP mencapai 100 buah buku direkodkan dalam Rekod NILAM masing-masing.

PSS SKBP juga telah bersedia untuk menyertai Penilaian PERPUSPA 2015.

SELAMAT DATANG ke PSS SK BANDAR PUSAT 2015 ke arah MEREALISASI PEMBELAJARAN ABAD 21.

Monday, 24 November 2014

CUTI DI PERPUSTAKAAN

Sebagaimana cuti-cuti persekolahan yang lalu, pada kali ini PSS SK Bandar Pusat akan membuka Perpustakaan untuk semua murid dan kakitangan sekolah ini bermula 24 November hingga 19 Disember 2014.

Perpustakaan akan dibuka bermula pukul 9.00AM hingga 12.00PM dalam tempoh tersebut.

Menyingkap ucapan Tuan Guru Besar, Hj. Hamzah bin Mat Ali, AMP., semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan 2014 yang lalu, beliau telah mengingatkan semua murid menerusi ibu bapa masing-masing agar tahap bacaan dalam Program NILAM melepasi 100 buah buku setahun. Sehubungan itu, beliau sangat berharap agar masa cuti ini dimanfaatkan dengan membaca dan mengumpul sebanyak mungkin catatan NILAM.

Sepanjang cuti ini, GPM dan PPM akan bergilir-gilir bertugas di perpustakaan. Proses pinjaman dan pemulangan buku berjalan sebagaimana biasa.

'MEMBACA MENJANA MINDA'

Saturday, 22 November 2014

JAMUAN AKHIR TAHUN PSS

Tarikh : 26 November 2014
Hari     : Rabu
Masa   : 8.00 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat : Kantin SK Bandar Pusat

Semua Pengawas PSS termasuk yang baru dilantik dan juga Briged Bestari dijemput hadir ke Jamuan Akhir Tahun PSS tersebut.

Beberapa orang guru yang turut hadir pada hari berkenaan berkaitan pengumuman Keputusan UPSR 2014 juga akan memeriahkan majlis berkenaan.

Dalam majlis tersebut, pengawas-pengawas akan menerima sijil masing-masing.

Harp maklum.

Tuesday, 11 November 2014

LAWATAN PENANDAARAS GPM MARAN KE PSS SMK TPPTM

11 November 2014, GPM-GPM dari PKG Bandar Maran dan PKG Bandar Pusat telah mengikuti Lawatan Penandaarasan Ke Pusat Sumber Sekolah, SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Sekolah ini merupakan Johan Pusat Sumber Cemerlang Kebangsaan 2014.



Brosur Program dan gambar-gambar lawatan

Tepat 10.30am kami tiba ke SMK TPPTM
 


Menerima taklimat daripada GPM Puan Zahidah Harun
Cenderamata daripada PKG Bandar Maran dan PKG Bandar Pusat kepada PSS SMKTPPTM














Bersama Y. Bhg. Datin Sri Diraja Dato' Hajah Junaini binti Kasim
Pengetua Cemerlang SMK TPPTM
 


Terima kasih PSS SMK TPPTM

Tuesday, 4 November 2014

LANTIKAN PENGAWAS PSS 2015

Unit Pengawas PSS dan Briged Bestari, dalam proses lantikan sesi persekolahan 2015. Untuk itu, semua pengawas sedia ada telah menerima Surat Pembubaran Badan Pengawas PSS Sesi Persekolahan 2014 dan Borang Permohonan Pengawas PSS Sesi Persekolahan 2015.

Borang permohonan tersebut perlu diserahkan kepada Pn. Masrina Mohd Saleh pada atau sebelum 10 November 2014. Kepada sesiapa yang tidak mengembalikan borang tersebut atau lewat menyerahkannya, Badan Pengawas PSS, beranggapan pemohon tidak berminat untuk dilantik semula.

Dalam pada itu, sejumlah 50 orang Pengawas PSS dan 10 orang Briged Bestari akan dilantik untuk tahun depan. Borang Permohonan yang lengkap dan telah dipilih oleh Panel Pemilih akan menerima Surat Tawaran Lantikan, penjaga yang bersetuju dengan tawaran tersebut akan memulangkan Surat Persetujuan Lantikan kepada Pn. Masrina pada atau sebelum 17 November 2014. Kelewatan membuatkan Panel Pemilih beranggapan tidak bersetuju untuk dilantik sebagai Pengawas PSS 2015.

Sehubungan dengan itu, sebarang permasalahan sila berhubung terus dengan Pn. Masrina, manakala keputusan lantikan adalah muktamat. Harap maklum.

GPM 2014